Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 18 Mac 2011

Hina rakyat Malaysia di luar negara, Nazri digesa minta maaf

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz digesa meminta maaf kepada rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara kerana membuat kenyataan yang menyinggung perasaan mereka baru-baru ini.

Gesaan itu dibuat Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok ( gambar ) susulan kenyataan Nazri yang menyatakan rakyat Malaysia yang berada di luar negara tidak layak mengundi secara pos kerana tidak sayangkan negara.

Menurut Teresa, kenyataan Nazri itu sangat tidak sensitif, tidak menghormati dan sangat melukakan hati dan sanubari rakyat Malaysia di luar negara.

“Kenyataan Nazri menonjolkan kebebalan beliau tentang sumbangan rakyat Malaysia melalui duit yang dihantar dari luar negeri,” kata Teresa mengulas kenyataan tersebut.

Nazri sebelum ini berkata rakyat Malaysia yang memilih untuk menetap di luar negara berbuat demikian kerana tidak sayangkan Malaysia dan kerana itu mereka tidak perlu diberikan hak mengundi secara pos.

Teresa seterusnya mahu Nazri menarik balik kenyataan beliau dan meminta maaf secara ikhlas terhadap kenyataannya itu yang disifatkan tidak menghargai sumbangan dan peranan rakyat Malaysia yang berada di luar negara.

“Jika beliau gagal berbuat demikian, ia akan menjadi satu lagi sebab kukuh untuk rakyat Malaysia terus menetap dan bekerja di luar negeri dan menjauhkan diri daripada menteri seperti Nazri,” kata Teresa.Keadilandaily

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....