Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 18 Mac 2011

Dun Sarawak bubar 21 Mac?

Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak


Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak kemungkinan dibubarkan pada 21 Mac ini bagi membolehkan pilihan raya negeri kesepuluh diadakan.

Jika desas-desus itu menjadi kenyataan, ada kemungkinan pilihan raya dilangsungkan pada 16 April sementara 9 April adalah hari penamaan calon.

Semalam Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud ( gambar kiri )tidak memberikan sebarang ulasan kepada media selepas menghadiri Mesyuarat Kabinet Sarawak di Wisma Bapa Malaysia di sini.

Pada sebelah pagi, beliau mengadakan pertemuan dengan Yang Dipertua Negeri, Tun Abang Mohammad Salahuddin Abang Beriang di Astana Negeri.

Sementara itu, lawatan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke negeri ini pada Sabtu ini dikatakan mempunyai kaitan dengan pilihan raya negeri.

Sarawak mengadakan pilihan raya negeri kesembilan pada 20 Mei 2006 bagi memilih 71 Adun di mana 9 Mei ialah hari penamaan calon.

Ketika itu, Dun Sarawak dibubarkan pada 24 April 2006 oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng atas nasihat Taib.Hrkh

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....