Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 10 Mei 2010

Sebabkan Kematian,Lelaki Rempuh Tembok KB Mall Didakwa Di Mahkamah

Penjaga sarang burung, Mohd Sabri Jusoh, 28, diiringi anggota polis di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan berlaku cuai sehingga menyebabkan kematian dua pelajar perempuan sebuah kolej perubatan swasta akibat dihempap kereta di Pasaraya KB Mall, 6 Disember tahun lepas

KOTA BAHARU: Seorang lelaki hari ini didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan cuai sehingga menyebabkan kematian dua pelajar kolej kejururawatan yang dihempap kereta di pasar raya KB Mall di sini, Disember lepas.
Mohd Sabri Jusoh, 28, seorang penjaga sarang burung, didakwa telah menyebabkan kematian Nor Amira Samsuddin, 19 dan Siti Nordiana Azman, 18, dengan cuai pada pukul 5.10 petang di pasar raya berkenaan pada 6 Disember tahun lalu.Bagaimanapun, tiada pengakuan drekodkan daripada tertuduh.
Majistret Noor Haslinda Che Man membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 13 Jun ini untuk sebutan semula kes bagi membolehkan tertuduh melantik peguam.

Mohd Sabri, dari Kampung Gertak Seratus, Kuala Besat, Terengganu didakwa mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum dua tahun, denda atau kedua-dua sekali.Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Hafiz Abd Rahman.
Ketika ditanya oleh pemberita mengenai perbuatan tertuduh, Mohd Hafiz berkata tertuduh didakwa menolak kereta yang rosak itu di tempat parkir tingkat atas kompleks itu sebelum kenderaan itu menjunam ke dalam pasar raya itu.
Dalam kejadian itu, dua pelajar Kolej Masterskill cawangan Kota Baharu terbunuh selepas sebuah kereta jenis Ford Laser yang dipandu Nor Ain Said, 18, menghempap kedua-dua mangsa dan Rashidah Ahmad Lutfi, 24, yang ketika itu berada di eksalator (tangga bergerak) pasar raya itu.
Siti Nor Amira, dari Felda Chiku Tujuh, Gua Musang, mati di tempat kejadian manakala Siti Nordiana, dari Chabang Empat, Tumpat, mati dalam perjalanan ke hospital manakala Rashidah cedera parah.
Kejadian berlaku apabila kereta itu rosak di tempat parkir di tingkat atas yang kemudiannya Mohd Sabri telah menolak kereta itu sebelum ia terjunam ke bahagian dalam pasa raya selepas merempuh tembok penghadang. - BERNAMA

1 ulasan:

Pak Oncu berkata...

2 nyawa melayang hukuman nya hanya 2 tahun maxima,,, hahahhahahah

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....