Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 8 Mac 2010

Datuk Seri Anwar Ibrahim Sedia Berundur

SHAH ALAM – Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jika perlu beliau sanggup melepaskan jawatan ketua pembangkang kepada DAP yang kini mendominasi jumlah kerusi Pakatan Rakyat di parlimen.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, beliau tidak akan mempertahankan jawatan tersebut kerana jumlah kerusi PKR kini sudah berkurangan namun tiada pemimpin yang mahu beliau berundur dari jawatan tersebut.

Menurutnya, sikap keterbukaan ini menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat (PR) mengamalkan toleransi dalam gabungan tersebut.

“Oleh kerana jumlah kerusi PKR sekarang kurang, saya pelawa (Penasihat DAP) Lim Kit Siang yang lebih banyak pengalaman. Saya tidak akan pertahankan.

“Saya lebih pengalaman sebagai menteri, tetapi Lim awal-awal lagi berkata, perkara itu bukan isu dan beliau awal-awal lagi telah berikan kenyataan bahawa DAP tetap menyokong Anwar,” katanya ketika menghadiri Konvensyen PR Selangor semalam.


Anwar berkata, usaha UMNO yang mahu mengambil kesempatan atas keadaan tersebut tidak akan berjaya.“UMNO pening macam mana hendak lagakan ketiga-tiga parti ini. Mereka tidak tidur. (Kalau tidur dan) mimpi pun, (mimpi) macam mana hendak gaduhkan kita,” katanya.

Sementara itu, Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur yang berucap sebelum itu turut menyatakan pendirian yang sama.

“DAP komited pada satu matlamat, iaitu menuju ke Putrajaya, Anwar akan terus menjadi ketua pembangkang sehinggalah beliau menjadi Perdana Menteri pada suatu hari nanti,” katanya.

Naib Presiden Pas Datuk Mahfuz Omar pula berkata, UMNO yidak perlu menggunakan isu jawatan Ketua Pembangkang untuk menjatuhkan PR

“UMNO boleh melupakan hasrat untuk menggugat PR menerusi isu jawatan ini,” katanya.

Setelah empat Ahli Parlimen PKR keluar parti, PKR kini memiliki 27 kerusi berbanding DAP sebanyak 28. Pas pula mempunyai 23 wakil dalam Dewan Rakyat.SH

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....