Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 7 Januari 2010

Kaji semula hubungan dua hala Malaysia-Mesir








PUTRAJAYA, 7 Jan: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) mendesak kerajaan mengkaji semula hubungan dua hala di antara Malaysia dan Mesir ekoran beberapa tindakan Kerajaan Mesir akhir-akhir ini yang dilihat mencabar kesabaran dan prinsip aqidah umat Islam di Malaysia yang mahukan rakyat Palestin dibela.

Desakan itu dibuat dalam satu memorandum yang diserahkan oleh Ketua DPPP, Nasrudin Hassan kepada Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman di pejabat Wisma Putra 1 siang tadi.


Ini termasuk insiden penangkapan seorang pelajar perubatan dari Malaysia yang menuntut di Universiti Bristol United Kingdom yang menyertai konvoi Viva Palestin bagi menghantar bantuan kemanusiaan seperti makanan, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan bernilai lebih AS$1 juta kepada rakyat di sana.

Bercakap selepas menyerahkan memorandum di Kementerian Luar Negeri di sini, Nasrudin berkata, tindakan Kerajaan Mesir membina tembok penghalang terowong penghubung di Gaza seolah-olah sengaja menghalang rakyat dan umat Islam Palestin daripada mendapat bekalan makanan, ubat-uabatan dan kewangan.

“DPP menggesa kerajaan Malaysia mengkaji semula hubungan (dua hala) dengan kerajaan Mesir kerana melihat mutakhir ini Mesir terlalu taat kepada Israel.

“Jika perlu, panggil Duta Malaysia ke Mesir untuk pulang ke tanah air sebagai satu tekanan kepada Mesir kerana negara-negara Islam yang lain sedang memberi tekanan kepada Mesir yang dilihat menjadi boneka kepada Amerika dan Israel,” katanya.

Turut hadir dalam serahan memorandum berkenaan ialah timbalannya, Azman Shapawi Abdul Rani, dan setiausaha, Kamaruzaman Mohamad.

Menurut Nasrudin juga, tindakan Kerajaan Mesir itu jelas bertentangan dengan ketetapan dan prinsip Pertubuhan Persidangan Negara-negara Islam (OIC) yang termaktub untuk menjaga dan membela nasib umat Islam Palestin.

DPP juga menggesa pihak Kementerian Luar menyiasat laporan bahawa rakyat Malaysia yang ditahan itu tidak mendapat layanan yang sewajarnya dari pihak berkuasa Mesir.

Memorandum berkenaan diterima oleh Setiausaha Politik Anifah, Datuk Norhaidi dan beliau berjanji akan memanjangkan perkara itu kepada Anifah dalam masa terdekat ini.

Dalam pada itu, beliau sekali lagi sekali lagi menggesa seluruh warga Malaysia untuk bersama menyertai himpunan aman di kedutaan Mesir esok bagi menyerahkan memorandum membantah tindakan kejam kerajaan negara itu.

“Saya sekali lagi menyeru seluruh rakyat yang prihatin supaya dapat keluar beramai-ramai esok untuk kita sama-sama berhimpun secara aman dan menyerahkan memorandum kepada kedutaan Mesir di Kuala Lumpur.

“Saya berharap semua rakyat dapat keluar untuk menunjukkan solidariti terhadap penindasan yang dilakukan terhadap rakyat Palestin,” katanya.Hrkh

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....