PAS berjaya menampilkan imej yang "sederhana" ketika berdepan dengan kontroversi penggunaan kalimah Allah, berbanding dengan UMNO yang dianggap semakin "ekstrem" posisinya. Malah, pendirian yang diumumkan pada malam 4 Januari, selepas mesyuarat lajnah biro politik PAS itu menerima pujian daripada masyarakat bukan Islam.
Pendirian sedemikian bukan sahaja meletakkan satu garis untuk membezakan antara PAS dengan UMNO, malah meletakkan parti komponen Barisan Nasional selain UMNO di satu kedudukan yang agak sukar. Misalnya, MCA dan Gerakan yang selama ini berkempen dengan "melabelkan PAS sebagai parti politik yang ekstrem", kini terpaksa berdepan dengan "sekutu" yang kelihatan lebih ektrem daripada "musuh".
Pujian daripada DAP
Jelas, bahang kontroversi penggunaan kalimah Allah kini cuba "dipadamkan" di media cetak bahasa Cina. Selain hujah Menteri dan pemimpin BN, komen atau pandangan daripada pemimpin Pakatan Rakyat semakin tidak mendapat ruang di dada akhbar Cina.

Lebih-lebih lagi, media cetak bahasa Cina mula mengelak daripada menyiarkan sebarang analisa atau pandangan yang dikemukakan kolumnis, pemerhati politik dan sebagainya. Pendek kata, dalam isu kalimah Allah, media cetak bahasa Cina lebih "berwaspada", dengan memaparkan kenyataan daripada menteri dan pemimpin BN.
Parti komponan BN terasa bahang
Walau bagaimanapun, seandainya diperhatikan di laman internet, pendirian PAS ini disambut secara positif oleh bukan muslim. Misalnya, pemerhati politik, Jason Leng Kek Mun mempersoalkan "Siapa yang lebih ekstrem sebenarnya?"

Malah, Jason memanjangkan kepada bebrapa isu yang berlaku beberapa tahun kebelakangan, "Siapa yang mengugut untuk membakar Dewan Perhimpunan?(Isu Suqiu) Siapa yang kata bukan Melayu mengancam Melayu? Siapa yang menjulang keris tanpa mempedulikan perasaan kaum lain?"
Beliau memberi jawapannya di akhir tulisan tersebut, iaitu UMNO. Malah, beliau sempat untuk mengusik MCA dan Gerakan, dengan dakwaan bahawa realiti ini hanya tidak difahami oleh kedua-dua parti komponan BN ini.
Khalid Samad dipuji
Sementara itu, pendirian Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat dan pemimpin kontroversial, Khalid Samad (ahli parlimen Shah Alam-PAS) turut mendapat penilaian baik daripada masyarakat bukan Islam. Menurut temuramah Malaysiakini edisi bahasa Cina dengan beberapa tokoh agama dan pemerhati politik, Nik Aziz dan Khalid Samad dipuji kerana menampilkan imej yang memperlihatkan "keterbukaan".

Selain itu, Pengarah Eksekutif Institut Kajian Dasar (IKD), Khalid Jaafar (gambar kiri) juga mengganggap bahawa pendirian PAS ini adalah berdasarkan al-Quran. Ketika ditemuramah therocknews, laman internet bahasa Cina, Khalid Jaafar memuji pendirian PAS yang membenarkan bukan muslim untuk menggunakan kalimah Allah, menunjukkan bahawa PAS mendefinisi maksud Quran dengan tepat.
Khalid Jaafar juga membidas kejahilan UMNO dalam isu ini, dan menganggap UMNO akan mencungkil ketidakpuasan rakyat seandainya meneruskan tindak tanduk sedemikian.
*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Melayu.
1 ulasan:
Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Saya sungguh sedih dengan semua pepimpinan tertinggi PAS/Ketua Pemuda PAS /Ketua Wanita PAS . Baru baru ini puak UMNO BN sibuk memperjuangkan NAMA ALLAH sampai PM 1 Malaysia bagi lampu Hijau untuk berdemo di Masjid Masjid dan Surau . Kenapa pihak PAS tidak mahu tumpang sekaki bawa sepanduk atau banner HUKUM HUDUD DATANG DARI PERINTAH ALLAH SWT DAN MOHON KERAJAAN 1 MALAYSIA LAKSANAKAN DI MALAYSIA .HUKUM HUDUD HAK ORANG ISLAM PUNYA.Hello Parti Islam SeMalaysia sabutlah cadangan ini jangan tidor bila lagi nak tumpang sekaki
Catat Ulasan