Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 24 Disember 2010

PAS gesa Majlis Fatwa semak kenyataan Harussani



TEMERLOH, 24 Dis: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man(gambar kiri) menyeru Majlis Fatwa Kebangsaan untuk campurtangan menyemak semula kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berhubung isu ancak.
Harussani sebelum ini dilaporkan mempertahankan tindakan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir meletakkan ancak sebagai tidak khurafat.

“PAS memohon Majlis Fatwa Kebangsaan melakukan semakan terhadap kenyataan yang dikeluarkan Mufti Perak bahawa tindakan Menteri Besar Perak melakukan upacara ancak, tepung tawar tiang seri rumah dengan pelbagai upacara tidak bercanggah dengan syarak,” kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.

Di dalam satu laporan akhbar minggu lepas, Harussani dilihat sebagai terpaksa menghalalkan dengan mengkategorikan tindakan Zambry yang merenjis dan menepung tawar semasa memasang ancak tiang seri baru-baru ini sebagai ‘satu amalan biasa dalam masyarakat Melayu dan tidak bercanggah dengan syarak’.

Kenyataan tersebut dikeluarkan selepas bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin yang juga Adun Pasir Panjang membangkitkan semula perkara itu pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) baru-baru ini.

Sebelum ini, Nizar juga mendakwa kenyataan Harussani bukan sahaja boleh mengelirukan umat Islam di negara ini, malah turut mencalarkan kredibiliti ulamak termasuk mufti.

Lebih bahaya menurut Nizar, perbuatan Zambry itu dibuat di dalam kawasan kampung yang sekaligus memberi gambaran amalan itu boleh terus diamalkan dan tidak khurafat.

Dalam kenyataan hari ini, Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang turut membidas tindakan Harussani sambil berkata bahawa PAS khuatir kenyataan Harussani akan menyemarakkan lagi amalan khurafat yang semakin menghakis kini kerana beliau dilihat sebagai seorang mufti yang berpengaruh di negara.

“PAS melihat beliau sebagai seorang mufti yang berpengaruh, beliau sepatutnya menasihati umat Islam agar menjauhi amalan yang tidak mendasari hukum syarak, bukan kenyataan yang tidak membantu memperkukuhkan akidah ummah,” bidas Tuan Ibrahim.

Sementara itu, Dewan Pemuda PAS Perak sedang merancang bertemu dengan ahli majlis fatwa dan ulama, bagi medapatkan penjelasan berhubung isu ancak secara lebih dekat.

Untuk permulaan, mereka telah mengadakan pertemuan dengan salah seorang Ahli Jawatankuasa Majlis Fatwa Negeri Perak, Haji Abdul Majid Zainal Abidin semalam.

Pertemuan hampir dua jam itu antara lain membincangkan permasalahan ummat Islam yang masih meneruskan amalan khurafat khususnya di Perak.

Ketua Pemuda PAS Perak, Zawawi Hassan memaklumkan mereka akan turut mengadakan pertemuan dengan tokoh-tokoh agama.Hrkh

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....