Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 24 Disember 2010

Dun Tenang : Pas Senarai Pendek 5 Calon

 


























PETALING JAYA: Pas Johor mula membuat persiapan bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang dan senarai pendek lima calon telah pun dikemukakan kepada Jawatankuasa Syura PAS Pusat awal minggu ini.
1 prk tenang pas_250_220Menurut sumber daripada pemimpin PAS Johor, senarai pendek lima calon terbabit telah pun diputuskan oleh PAS Kawasan Labis dan mereka terdiri daripada golongan profesional, anak tempatan daripada daerah Segamat dan juga AJK PAS Pusat.

Namun, PAS mengambil tindakan ‘tutup mulut’ dan enggan mendedahkan lima individu yang tercalon.
"Nama calon itu kami terpaksa rahsiakan namun apa yang boleh diberitahu mereka adalah gabungan individu berwibawa yang sangat komited dengan parti dan boleh beri saingan yang sengit kepada calon Barisan Nasional (BN).
"Jawatankuasa Syura PAS Pusat akan bermesyuarat dan tentukan individu yang paling layak menjadi calon dan selepas itu baru kita boleh dedahkan kepada media," katanya.

Mazlan Aliman disebut sebagai calon?

FMT turut difahamkan, Ketua Penerangan PAS Johor Mazlan Aliman merupakan antara nama yang disebut-sebut sebagai salah seorang daripada lima calon yang disenarai pendek kerana kekuatan latar belakangnya sebagai anak jati dari Kulai, Johor dan juga peranannya sebagai Pengerusi Biro Pembangunan Tanah dan Wilayah PAS Pusat.
Beliau juga merupakan Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) yang memperjuangkan nasib peneroka Felda seluruh negeri dan mendedahkan tentang penyelewengan Felda terutamanya mengenai kadar perahan gred kelapa sawit oleh Felda Plantations.
Selain Felda, Mazlan pada Ogos lalu turut mendedahkan 22 penyelewengan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) Berhad yang disifatkan lebih kritikal penyelewengannya berbanding Felda akibat pemimpin BN menyalahguna kuasa menipu dan menindas peserta Felcra dan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bulan lalu.
"Walaupun Felda di Dun Tenang iaitu Chemplak, Chemplak Barat dan Felda Tenang adalah kubu kuat Umno, namun PAS tetap ada keyakinan untuk menembusi kawasan Felda kerana sejak tahun 2008, Pakatan Rakyat mula mendedahkan kepada peneroka mengenai penyelewengan Felda dan juga beberapa kes saman peneroka di mahkamah yang berjaya mendapat pampasan daripada Felda.
"Jadi saya lihat ada perubahan apabila peneroka disitu mula membuka mata tentang Felda dan peluang ini akan kita ambil untuk jelaskan kepada peneroka Felda sekaligus berharap dapat tarik lebih ramai pengundi Felda," kata Ketua Pemuda PAS Johor Kahirul Faizi Ahmad Kamil ketika dihubungi FMT.

Saim seorang lagi calon berpotensi

Selain Mazlan, FMT difahamkan bekas calon PAS Dun Tenang yang bertanding semasa pilihan raya umum lalu Mohd Saim Siran turut menjadi pilihan berdasarkan rekodnya berjaya menambahkan bilangan jumlah undi PAS semasa Pilihan Raya Umum (PRU) ke 12 berbanding PRU tahun 2004.
Meneliti kepada pengundian semasa PRU 2004, Dun Tenang memiliki jumlah pengundi seramai 14,511 orang apabila Mohd Saim mendapat jumlah undi 2,138 dan calon BN Datuk Sulaiman Taha mendapat 7,655 dengan majoriti 5,517.
Pada PRU 2008 Sulaiman berjaya mempertahankan kerusi Tenang namun jumlah undi yang diperoleh Mohd Saiman meningkat apabila mendapat 3,875 manakala Sulaiman menurun jumlah undinya kepada 6,367 undi dengan majoriti 2,492 undi.
"Jumlah ini memberi ruang kepada prestasi PAS semasa PRK nanti. Jika PAS dapat kekalkan sokongan pengundi Tenang, calon PAS memerlukan sokongan tambahan 1,250 undi ditambah dengan separuh sokongan pengundi baru, ia sesuatu yang tidak mustahil dicapai," menurut sumber.
FMT juga difahamkan Naib Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian Salahuddin Ayub bakal dilantik mengetuai jentera PRK Dun Tenang sebagai Pengarah Pilihan Raya.

Jentera PAS Johor sudah bergerak

Sementara itu, Khairul berkata PAS Johor sudah menggerakkan jentera awalnya apabila membuat soal selidik tentang prestasi dan penerimaan Pakatan Rakyat di kawasan tersebut selain menubuhkan bilik jentera pada minggu lalu untuk kenal pasti pemilih berdaftar.
Khairul yang turut dilantik sebagai Timbalan Pengarah V Jawatankuasa Operasi PRK Dun Tenang berkata, Pemuda PAS Johor diberi tanggungjawab memastikan aspek keselamatan dikawal bagi mengelak sebarang kekecohan akibat provokasi semasa kempen antara penyokong Pakatan dan BN.
"Pemuda PAS dan Pemuda daripada parti lain dalam Pakatan Rakyat akan bekerjasama mengawal keselamatan bagi mengelak kekecohan semasa PRK Bagan Pinang di Negeri Sembilan berulang sekaligus memastikan kelancaran perjalanan semasa tempoh berkempen PRK Tenang nanti.
"Menjangkakan PRK ini PAS dan BN bersaing sengit, kami juga telah berjumpa dengan polis negeri dan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Segamat memohon kerjasama supaya memastikan suasana perjalanan PRK Tenang nanti dapat dikawal," katanya.

Penamaan calon 22 Jan, mengundi 30 Jan

Sementara itu, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) pagi tadi memutuskan PRK Dun Tenang akan diadakan pada 30 Januari, manakala penamaan calon pada 22 Januari tahun depan.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dalam sidang media berkata Dun Tenang mempunyai 14,735 pemilih berdaftar termasuk 18 pemilih pos. Daripada jumlah itu, pengundi Melayu terdiri daripada 7,014 orang (47.54 peratus), Cina 5,766 (39.08 peratus), India 1,780 (12.07 peratus), Bumiputera Sabah enam (0.04 peratus), Bumiputera Sarawak lima (0.03 peratus) dan Orang Asli 171 (1.16 peratus).
Ini merupakan PRK ke-14 sejak PRU12 dan PRK pertama di Johor sejak Mac 2008 untuk mengisi kekosongan kerusi berikutan kematian Sulaiman pada 17 Disember lalu.
Sulaiman, 59, meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam darah dan penyakit kencing manis di Hospital Pakar Ampang Puteri, Kuala Lumpur.FMT

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....