Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 8 November 2010

Pemilihan PKR : Mustaffa ikut jejak langkah Zaid?

mussOleh Stephanie Sta Maria
PETALING JAYA: Seorang lagi calon timbalan presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub tidak menolak kemungkinan akan mengikut jejak langkah Dato’ Zaid Ibrahim menarik diri dari perlumbaan merebut jawatan itu.
Ketika dihubungi oleh FMT hari ini, beliau berkata, "saya belum tarik diri…..belum!"
"Saya akan menyerahkan memorandum kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) esok termasuk perincian tentang kelemahan dalam proses pemilihan dan meminta pemilihan parti ditangguhkan semata-mata atas sebab ini.
"Saya akan memberi JPP masa untuk memikirkannya dan jika tidak menerima maklum balas yang bersesuaian dan memuaskan hati dari JPP maka saya mungkin menarik diri," ujar beliau.
Apabila disoal sama ada beliau menetapkan tarikh akhir sebelum menarik diri, beliau berkata, "ya, tapi saya hanya akan membuat keputusan pada malam ini selepas berbincang dengan pasukan saya."
Zaid, yang baru-baru ini dilantik sebagai Ketua PKR Wilayah Persekutuan mengumumkan bahawa perletakan jawatan melalui blog pada 3.00 pagi ini.
Beliau menyatakan keputusannya untuk meletak jawatan ekoran kegagalan pucuk pimpinan parti menangani tuduhan-tuduhan terhadap kelemahan dalam pemilihan bagi merebut jawatan nombor dua itu walaupun beberapa aduan telah dibuat. Beliau juga meletak semua jawatannya dalam parti.

Zaid masih dalam perlumbaan
Bagaimanapun, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution menjelaskan pagi ini bahawa Zaid masih dalam perlumbaan itu kerana parti belum menerima secara rasmi penarikan diri secara rasmi daripada beliau.
Minggu sudah, Mustaffa menyertai Zaid meminta pemilihan itu ditangguhkan sehingga segala aduan diatasi. Hari ini beliau berkata penarikan diri oleh Zaid memberi petanda jelas ketidakyakinan beliau tentang proses pemilihan sehingga menjejaskan kredibiliti JPP.
Mustaffa berkata, "dalam sesuatu perlumbaan, pasti ada yang kalah dan menang. Setiap peserta harus menerima hakikat bahawa dia akan berada dalam salah satu keadaan itu," katanya.
JPP dipertikaikan
"Tapi semua peserta mengharapkan pertandingan itu berjalan dengan adil, telus dan atas peluang yang sama rata. Masa ini, kedua-dua peluang sama rata dan JPP dipertikaikan," tambahnya.
Ujar beliau, "situasi ini sangat serius. Suara rakyat terbanyak harus didengari dan isu-isu yang mereka hadapi harus ditangani sebaik mungkin oleh JPP. Kalau tidak, akan berlaku ketegangan di peringkat akar umbi."
Mustaffa bagaimanapun terperanjat apabila diberitahu bahawa Zaid meletak semua jawatan dalam parti.
"Sudah pasti ini adalah keputusannya sendiri tapi ini menunjukkan betapa kecewanya beliau terhadap parti," katanya, menambah,
"meletak jawatan dalam parti merupakan satu isyarat protes yang kuat." Mustaffa juga mendesak supaya Pengerusi JPP Dr Molly Cheah diberi bidang kuasa dan mandat yang penuh untuk mengendalikan pemilihan.
Dr Cheah baru-baru ini memberi isyarat bahawa beliau tidak lagin terlibat dalam pengurusan proses pemilihan. Sumber dalaman parti mendakwa proses pemilihan dikendalikan sepenuhnya oleh ahli-ahli parti.
"Saya mengulangi seruan supaya kakitangan utama dalam JPP dirombak semula," kata Mustaffa. "Mereka merupakan staf kepada beberapa pemimpin dan tidak dapat berlaku neutral, satu elemen penting dalam pemilihan."
Sehingga semalam, keputusan tidak rasmi dari sejumlah 75 cabang yang telah selesai mengadakan pemilihan menunjukkan Mustaffa memperolehi 1,187 undi, jauh di belakang Azmin Ali (4,146) dan Zaid (3,402).FMTImbang Penuh

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Syabas Mustaffa.Tak payahlah bertanding,beri Azmin kemenangan percuma.Dia akan megah dan rasa hebat bila menang tanpa dicabar oleh sesiapa.Ini juga akan menyenangkan dan menghiburkan hati Annuar.Begitu juga calun-calun lain untuk lain-lain jawatan.Calun yang bukan pro-Azmin - semua tarik diri.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....