Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 8 November 2010

Adun Pas Kelantan Tegur Kerajaan Negeri

KOTA BARU: Kerajaan negeri pimpinan PAS hari ini diminta menghentikan sikap menyalahkan Kerajaan Pusat berhubung masalah yang tidak dapat diselesaikannya termasuk isu pembinaan dan membaiki jalan, kata Datuk Omar Mohamed(gambar) PAS-Perupok.

Beliau berkata, sudah 20 tahun kerajaan PAS memerintah Kelantan dan seharusnya sikap menyalahkan Kerajaan Pusat tidak timbul kerana menjadi tanggungjawab kerajaan negeri mencari ikhtiar untuk mendapatkan peruntukan bagi membaiki atau membina jalan.

Beliau yang telah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) selama enam penggal menasihatkan pemimpin PAS agar tidak lagi menggunakan alasan seumpama itu kerana rakyat sudah jemu mendengar alasan begitu yang diulang-ulang selama 20 tahun sejak PAS mengambil alih pentadbiran Kelantan pada 1990.

"Apa-apa yang perlu dibuat jangan asyik bicara menyalahkan Kerajaan Pusat. Tidak boleh baiki jalan sebab bawah Kerajaan Pusat. Itu sudah tidak boleh dipakai.

"Jalan ada yang dinamakan jalan persekutuan, jalan negeri, jalan kampung, jadi ini semua terletak di bawah kerajaan negeri, kalau perlukan peruntukan untuk jalan kenalah ikhtiar untuk berunding dengan Kerajaan Pusat. Apa yang penting pembinaan jalan itu untuk rakyat," katanya ketika membahaskan usul ucapan terima kasih atas titah Sultan Muhammad Kelima pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan penggal ketiga, di sini hari ini.

Omar turut mengingatkan kerajaan negeri supaya mengambil tindakan pro-aktif dalam menyelesaikan masalah rakyat seperti membaiki jambatan yang runtuh kerana ia di bawah bidang kuasa negeri.

Beliau berkata, kerajaan PAS Kelantan perlu melaksanakan keperluan rakyat jika tidak mereka akan menolak PAS seperti keputusan Pilihan raya kecil DUN Galas, Khamis lepas apabila calon Barisan Nasional (BN), Abdul Aziz Yusoff menang majoriti 1,190 undi mengalahkan calon PAS, Dr Zulkefli Mohamad.

Pilihan raya kecil itu diadakan selepas penyandangnya daripada PAS, Chek Hashim Sulaima meninggal dunia akibat barah usus pada 27 September lepas. Pada pilihan raya umum 2008, Chek Hashim menang dengan majoriti 646 undi. - BERNAMA

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

datuk omar buleh la ckp mcm tu sbb dia baru dpt kwsn bijih besi di sokor!

Krai Utara berkata...

takut beliau beraso nok tulun buii separuh2 dih..mano ketahu kitow gu

Tanpa Nama berkata...

dia tau politik malaysia tak dia ckp mcm tu? aku yg bukan ahli politik pun tau kekangan kerajaan negeri pembangkang. mung kalu dah kayo byk, sedekahlah semua harta tu ke jalan Allah utk bantu kelantan. bakpo riuh sekampung

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....