Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 17 Januari 2010

PAS: Keputusan terhadap Hasan, Khalid sebelum Jumaat



KUALA LUMPUR, Jan 17 — Jawatankuasa Disiplin PAS akan membuat penghakiman berhubung tuduhan melibatkan dua pemimpin PAS Selangor penghujung minggu ini.
Jawatankuasa itu dijangka mengadakan mesyuarat pada Khamis ini dan memaklumkan keputusannya Jumaat kepada Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali dan bekas timbalannya Khalid Samad.
“Kami sudah menerima dokumen akhir daripada pihak Datuk Hasan, semalam saya dimaklumkan oleh ibu pejabat parti bahawa sudah menerima dokumen yang dijanjikan,” kata pengerusi jawatankuasa itu Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Selepas sesi keterangan pada 9 Jan lalu Hasan memaklumkan jawatankuasa itu bahawa beliau akan mengemukakan dua dokumen tambahan bagi mengukuhkan penghujahannya.
“Kami memang hendak mengadakan mesyuarat secepat yang mungkin tetapi ada anggota jawatankuasa mempunyai urusan lain.

“Jadi saya sedang berusaha mengadakan mesyuarat pada Rabu atau Khamis, kemungkinan Khamis di mana kesemua anggota ada kelapangan.
“Dan, pada hari Jumaat kita boleh memaklumkan keputusan,” kata beliau yang juga naib presiden PAS.
Hasan berhadapan dengan tuduhan membuat yang merugikan Pakatan Rakyat dan sebagai Exco Kerajaan Negeri sepatutnya menggunakan saluran rasmi untuk melahirkan rasa tidak puas hati.
Tuduhan ini dirujuk kepada kenyataan beliau mengenai Selcat dan pelantikan pemangku pengurus besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor awal tahun lalu.
Dalam pada itu Khalid, yang juga Yang Dipertua PAS Shah Alam dan ahli Parlimennya berhadapan dengan tuduhan mempertikaikan Hasan sebagai pesuruhjaya PAS Selangor dengan membuat kenyataan terbuka meminta beliau dipecat.
Selain itu Khalid juga dikenakan tuduhan mendedahkan maklumat mesyuarat perhubungan kepada publik.
Jawatankuasa disiplin menyiasat mereka selepas PAS mengadakan mesyuarat khas Nov lalu ekoran gesaan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat agar diadakan muktamar agung khas.
Tidak ada saksi lain dipanggil.
Pada akhir bulan lalu jawatankuasa disiplin PAS mengesahkan pihaknya sudah mengenal pasti adanya kes kukuh terhadap Hasan dan Khalid.
Khalid telah memberikan keterangan lebih dua jam kelmarin. Tanggal 7 dan 9 Jan telah ditetapkan untuk memanggil mereka menghadap anggota jawatankuasa disiplin.
Sebelum ini Tuan Ibrahim menjelaskan bentuk hukuman bergantung pada penjelasan susulan mereka.
Jawatankuasa disiplin mempunyai tiga pilihan hukuman iaitu memberi amaran bertulis, menggantung jawatan yang disandang ataupun memecat dari parti, bergantung pada tahap serius kesalahan dilakukan.
Bagaimanapun mereka yang disabitkan kesalahan boleh merayu kepada jawatankuasa pusat dan majlis syura ulama.TMI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....