Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 17 November 2009

SPRM cekap bila mahu siasat Tok Guru Nik Aziz,tempat tempat yang runtuh di Terengganu macamana?







KUALA NERUS Tindakan ‘berbeza-beza’ yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di selar kerana tidak ‘konsisten’ dalam menjalankan penyiasatan.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata sekiranya kes tersebut melibatkan pemimpin PAS atau dari parti komponen Pakatan Rakyat (PR), SPRM akan bersegera menyiasat.
Namun sebaliknya, kata beliau, SPRM akan melambat-lambatkan, bahkan tidak mengambil tindakan langsung terhadap sesetengah kes yang melibatkan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN), walaupun terdapat bukti yang nyata.

”Isu rasuah, kalau kena (kes melibatkan) orang PAS macam (yang berlaku) kepada Tok Guru (Mursyidul Am), ‘berlari tak jumpa tangga bebenar’ (bersgera) SPRM (apabila) mendengar berita orang nak taja Tok Guru pergi ke Mekah (menunaikan haji),

”kalau hok (yang melibatkan) pemimpin UMNO, senyap ‘ketik’ (sunyi), sejak dari kes (pembelian) kappa selam sehingga kes-kes di Terengganu ini,”soalnya kepada pihak berkuasa terbabit.

Justeru kerana tiada sebarang tindakan diambil oleh SPRM, beliau kesal dan secara sinis, mencadangkan supaya bangunan dan binaan yang telah runtuh di negeri Terengganu ini, dijadikan produk pelancongan bagi menarik kedatangan pelancong-pelancong.

”Sebab itu kita syor kepada Zaabar, Exco Pelancong dia buat ‘trip’ mari melancong ke Terengganu melawat tempat-tempat runtuh di Terengganu ini,”tegas beliau.BO

3 ulasan:

Kasturi berkata...

Sebabnya tok guru sangat benci rasuah, sebab tu kena siasat dia dulu. Kalau tak dak kes apa nak ditakutkan! Lagipun kes ni berprofil tinggi sebab berkait dengan tok guru yang dipandang tinggi oleh masyarakat dan orang nak tau samada perkara tu rasuah ataupun tidak.

TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT berkata...

Apakah Idris Jusoh bukan MB yang mana kebanyakan bangunan yang runtuh di Terengganu sekarang di bina zaman beliau.Mana SPRM,mana???

TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT berkata...

Masaalahnya bukan takut di siasat!!tapi sikap dauble standard SPRM,bila pemimpin Pas laju je nak siasat tapi bila tiba bab pimpinan UMNO senyap je walaupun melibatkan puluhan juta ringgit.Ingat!!! gaji mereka di bayar oleh rakyat Malaysia melalui pelbagai cukai yang di kenakan,bukan duit UMNO...

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....