Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 8 Oktober 2009

Pas ada bukti Umno berkempen dalam Kem Tentera




KUALA LUMPUR, 8 Okt: Dewan Pemuda PAS (DPP) Pusat akan membuat laporan kepada tiga pihak termasuk polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) berhubung satu bukti terbaru rasuah politik BN kepada pihak tentera dalam kempen pilihan raya kecil (PRK) Bagan Pinang.
Ketuanya, Ustaz Nasrudin Hassan hari ini membuat satu pendedahan esklusif berhubung tindakan Menteri Pertahanan Dato' Seri Zahid Hamidi dan Menteri Besar Negeri Sembilan Dato' Seri Utama Mohamad Hassan yang menjanjikan pelbagai projek pembangunan kepada tentera jika mereka mengundi Barisan Nasional.

Antaranya kerajaan akan menambah prasarana dalam kem dengan membina kolam renang dan gelanggang futsal serta menyediakan kemudahan internet tanpa wayar. Beliau juga menawarkan bantuan pendidikan kepada anak-anak tentera yang akan melanjutkan pelajaran ke menara gading jika mereka mengundi BN.

Manakala Mohamad Hassan pula menawarkan peruntukan bernilai RM100,000 untuk menaiktaraf surau di institut berkenaan didakwa untuk memberi kemudahan kepada anggota tentera untuk melakukan solat Jumaat di kem berkenaan tanpa perlu berjalan jauh keluar dari kem.

Menurut satu sumber dalaman PAS, kedua-dua pemimpin BN itu masuk berkempen kepada tentera di Institut Kejuruteraan Darat (IJED) Kem Kampung Sawah di Port Dickson pada jam 10 pagi 6 Oktober lalu.

Program yang dinamakan Perjumpaan Hari Raya itu melibatkan 847 orang tentera yang akan mengundi secara pos di Bagan Pinang.

Pada sidang media di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut pagi tadi, rakaman 15 minit ucapan Zahid dan Mohamad Hassan turut diperdengar kepada wakil media.

Nasrudin berkata, pihaknya amat kesal dengan sikap tidak beretika pemimpin BN itu yang terus menerus menyalahguna kedudukan mereka dalam kerajaan untuk berkempen memenangkan calon mereka.

Perbuatan itu juga tegasnya merupakan satu kesalahan pilihan raya dan melanggar peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan raya 1954 (Nota: Seksyen 10) (AKP).

Sehubungan itu, beliau berkata, laporan berkenaan perlu dibuat untuk membolehkan PAS membatalkan keputusan pilihan raya sekiranya kemenangan berpihak kepada Barisan Nasional 11 Oktober ini._harakahdaily

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....