Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 17 Oktober 2009

Krisis dalaman terbaru PKR???




PETALING JAYA – Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim membuat pengumuman mengejut semalam apabila beliau akan bercuti selama enam bulan daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan tidak akan menghadiri mesyuarat biro politik parti kelak.

Beliau berkata, surat yang berkuat kuasa serta-merta itu, telah diserahkan kepada Setiausaha Agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim.

Keputusan tersebut bakal menimbulkan pelbagai spekulasi termasuk kemungkinan PKR dihimpit masalah dalam terbaru memandangkan tindakan Zaid itu dibuat ketika ura-ura beliau dikatakan menghadapi masalah dengan seorang pemimpin kanan parti itu.

Zaid ketika menjelaskan keputusannya berkata, soal percutian enam bulan itu tidak membabitkan sesiapa malah keputusan dibuat atas kehendak dirinya.

“Saya sertai PKR sebab mahu memajukan dan memperkukuhkan PR. Itu fokus utama saya. Tidak ada niat lain. Saya berjuang demi parti dan tidak sedikit pun mahu mengambil peranan kepimpinan dalam PKR,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di kediamannya, di Tropicana Golf Club, semalam.

Katanya, keputusan bercuti selama enam bulan itu tidak bermakna beliau akan melupakan parti yang disertainya sejak Jun lalu.

“Saya tetap bagi komitmen pada parti kerana itu fokus utama saya. Apa pun yang berlaku, saya mesti pastikan PR tetap kuat dan diterima ramai dalam pelbagai aspek dan itu adalah keyakinan saya terhadap parti ini,” katanya.

Mengulas mengenai, isu undangan pemimpin PKR Sabah dan Sarawak, Zaid berkata, ia bukan bermakna beliau mahu menerajui kepimpinan parti itu di dua negeri berkenaan.

Katanya, kehadirannya pada majlis raya atau menghadiri perhimpunan anjuran pemimpin PKR hanyalah untuk bertemu dengan ahli tanpa ada terselindung.

“Saya diundang bertemu dengan pemimpin Sarawak di Kuching, itu sekadar undangan dan saya tidak melihat ada niat lain.

“Saya tidak ada apa-apa kepentingan dalam politik PKR atau parti lain dalam PR dan tidak mahu mengambil alih kepimpinan dalam parti itu.

“Hal ini telah saya jelaskan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri setelah saya menyertai PKR,” katanya.SinarHarian

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....