Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 29 Julai 2009

Zamri lawan Nizar:Sivakumar buat laporan Polis terhadap SUK Perak


28 Julai 2009, YB V.Sivakumar telah membuat laporan polis terhadap Setiausaha Kerajaan Negeri Perak di Balai Polis Pusat, Ipoh pada jam 12.34pm. YB V.Sivakumar dan Ahli-ahli Jawatankuasa Hak & Kebebasan telah dihalang oleh polis daripada memasuki Bangunan Perak Darul Ridzuan pada 27 Julai 2009. Halang ini dibuat oleh polis atas arahan Dato Dr Abdul Rahman, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.


YB V.Sivakumar sebagai Yang Dipertua Dewan Negeri yang sah dan ahli-ahli jawatankuasanya mahu mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Hak & Kebebasan di bilik Yang Dipertua atau bilik mesyuarat. Tujuannya adalah untuk menyiasat aduan yang dibuat oleh ADUN Pokok Assam YB Yee Sui Kai terhadap Dato Ganesan berkaitan dengan insiden 7 Mei Dewan Negeri Perak.

Apabila YB V.Sivakumar dan ahli-ahli jawatankuasanya sampai ke pintu masuk Bangunan Perak Darul Ridzuan, polis telah menghalang dan menutup pintu masuk tersebut. Alasan yang diberikan oleh polis ialah mereka hanya menjalankan tugas. Arahan telah dikeluarkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri untuk tidak membenarkan Jawatankuasa itu masuk ke dalam kawasan Bangunan Perak Darul Ridzuan.


Tindakan Setiausaha Kerajaan Negeri dan pihak polis adalah bertentangan dengan seksyen 124 Kanun Keseksaan. Kejadian di luar Bangunan Perak Darul Ridzuan tersebut disaksikan oleh orang ramai.

Oleh kerana polis telah menghalang jawatankuasa itu daripada bermesyuarat di Bangunan Perak Darul Ridzuan, maka mesyuarat tersebut terpaksa diadakan di salah sebuah bilik mesyuarat di Hotel Syuen, Ipoh.

YB V.Sivakumar telah membuat laporan polis dengan harapan pihak polis akan mengambil segala tindakan undang-undang yang wajar supaya membela kedaulatan undang-undang negara dan menegakkan keadilan.

speakforperak

2 ulasan:

mack berkata...

kepada penyokong PAKATAN RAKYAT buat lah kerja dari sekarang demi kemenangan PRU 13 diperak itu biarlah masa yang menentukan nya. cuba kita buat analisa ini. PKR 60 kerusi DAP 50 kerusi dan PAS 35 kerusi makna nya 145 kerusi pakatan maka tumbanglah BN PRU 13 cuma kita kena usha dengan gigih dan kuat lagi. 60% melayu 35% cina 5% india bn akan bungkus

TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT berkata...

Takbir!!!!

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....