Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 29 Julai 2009

Kematian Beng Hock: Najib temui keluarganya


PUTRAJAYA 28 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menemui anggota keluarga mendiang Teoh Beng Hock di Pejabat Perdana Menteri di sini.

Pada pertemuan itu atas undangan Perdana Menteri, Najib sekali lagi menyampaikan takziah kepada bapa Beng Hock, Teoh Leong Hwee; emaknya, Teng Shuw Hor; abangnya, Beng Kee; adik perempuannya, Lee Lan; dan juga tunangnya, Soh Cher Wei.

Najib memberitahu keluarga Beng Hock bahawa beliau dan semua anggota Kabinet memandang berat kejadian yang menimpa mendiang.

"Apa saja yang perlu akan dilakukan untuk mengenal pasti punca kejadian dan jika ada sebarang salah laku, tindakan pasti akan diambil," kata Perdana Menteri kepada keluarga Beng Hock pada pertemuan selama 30 minit itu yang bermula sekitar 7.30 malam.

Beng Hock, 30, Setiausaha Politik kepada seorang anggota Exco kerajaan Selangor, ditemui mati terjatuh di aras lima Plaza Masalam di Shah Alam pada 16 Julai selepas diminta memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan salah guna dana oleh beberapa wakil rakyat Selangor.

Najib juga menjelaskan kepada keluarga Beng Hock bahawa penubuhan suruhanjaya siasatan diraja dan inkues merupakan pendekatan serentak bagi mengenal pasti punca kejadian itu.

Inkues itu merupakan satu tuntutan undang-undang dalam kes seperti ini yang melibatkan kematian mengejut manakala Suruhanjaya Siasatan Diraja itu ditubuhkan bagi tujuan meneliti aspek prosedur SPRM dalam menjalankan siasatannya.

Najib berkata, pendekatan itu akan dapat memastikan sama ada mana-mana aspek atau tindakan yang diambil, mungkin ada kaitan atau menyebabkan kejadian itu.

Katanya, hasil siasatan itu akan dianggap sebagai input kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja itu.

Kepada permintaan keluarga berkenaan agar anak Beng Hock menggunakan nama keluarga Teoh selepas dilahirkan nanti, Najib berkata, beliau akan meminta Peguam Negara dan jabatan-jabatan berkaitan mencari penyelesaian.

Soh, 28, seorang guru sekolah di Semenyih, kini mengandung dua bulan.

Yang turut hadir pada pertemuan itu ialah bekas Setiausaha Agung DAP, Kerk Kim Hock yang mempunyai pertalian keluarga dengan Teoh. - BERNAMA

Untuk apa Najib jumpa keluarga Beng Hock,untuk minta maaf atau untuk apa.Adakah isu ini selesai dengan maaf sahaja.Lebih baik beliau mempercepatkan siasatan dan mengambil tindakan pada mereka yang terlibat.Satu lagi,adakah beliau atau mana mana pemimpin UMNO pernah melawat mangsa yang di tembak dalam teragedi Batu Buruk dulu, mana hasil siasatan dan adakah tindakan di ambil pada mereka terlibat.Apa dah jadi,fikirkan sendiri tepuk dada tanya selera.

SALAM DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....