Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 29 Julai 2009

Zamri lawan Nizar: Mitak maap Tok Guru-Utusan Malaysia


PERMOHONAN MAAF

Utusan Malaysia memohon maaf kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz bin Haji Nik Mat, Menteri Besar Kelantan di atas kesilapan laporan mengenai kenyataan beliau yang disiarkan dalam Utusan Malaysia pada 15 Jun 2009.
YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz sebenarnya bermaksud bahawa "nasihat beliau tidak semestinya didengar" ketika mengulas mengenai cadangan kerajaan perpaduan pada sidang media itu.
Oleh itu, tajuk atas sebelah kiri, muka surat hadapan Utusan Malaysia pada 15 Jun 2009 iaitu Nasihat saya mesti didengar adalah salah serta bukan menggambarkan apa yang dimaksudkan oleh YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz pada sidang media itu.
Begitu juga fakta berhubung perkara yang sama pada berita penuh mengenai kenyataan beliau itu pada muka surat 7, Utusan Malaysia keluaran 15 Jun 2009, adalah salah.
Utusan Malaysia dengan ini menarik balik dengan sepenuhnya kesilapan tersebut dan secara tulus ikhlas memohon maaf kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz di atas kesilapan yang tidak disengajakan itu dan atas apa jua kedukaan atau pengaiban yang mungkin diakibatkan kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz daripada kesilapan tersebut.





3 ulasan:

Ahmad Putra berkata...

Cuba teliti sebelum menulis. tak le perlu nak mohon maaf sebab silap. NI baru satu, rasanya ada beratus kesalahan yang UM dah buat..

tobat la UM...

mack berkata...

HARI INI MINTA MAAF ESOK KUTUK LAGI TAK GUNA LAH TU MAAF MAIN2 NAMA NYA TU. MEMANG MUNAFIK SUNGGUH UM NI DAH LAH TAK TAHU ADAT MELAYU NAK CAKAP PASAL MORAL PULAK TU. PADA TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ SAMAN JER SEBAB ADA POINT NAK MENANG

TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT berkata...

Betul mack saman je biar bengkrap UMNO

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....