Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 8 Februari 2012

Panas !!! Husam Musa Dedah Tembelang Hasan Ali

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa menggesa bekas pemimpin parti itu, Datuk Dr Hasan Ali untuk membersihkan dirinya daripada dakwaan bercita-cita untuk menjadi menteri besar Selangor.

Hasan yang juga bekas pesuruhjaya PAS Selangor dan bekas exco kerajaan negeri itu, dipecat daripada parti itu baru-baru ini kerana menimbulkan masalah kepada parti.

Husam (kiri) berkata Hasan harus telus mengenai peranannya dan sebab-sebab beliau bertemu dengan pemimpin Umno sejurus selepas pilihan raya umum 2008, dan bukan sebaliknya mencaci PAS dalam program jelajahnya.

Beliau mendedahkan bahawa Hasan telah menemui pemimpin Umno di Selangor pada 10 Mac - dua hari selepas Pakatan Rakyat memenangi lima negeri dalam pilihan raya umum tersebut, dalam percubaan untuk membentuk kerajaan perpaduan antara PAS dan Umno.

"Tetapi pemimpin PAS telah menolak terus idea tersebut, maka beliau tidak berjaya dalam percubaannya untuk menjalin hubungan antara parti kita dan Umno," kata Husam ketika ditemui di Pulau Pinang.

Husam, yang juga ADUN Salor berkata, beliau berada di Kedah pada 9 Mac 2008 untuk membantu Kedah Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menubuhkan kerajaan negeri yang baru.

Pada 10 Mac beliau berada di Perak, untuk membantu menubuhkan "kerajaan rakyat" sebelum negeri itu dirampas oleh BN pada bulan April, selepas tiga ADUN meninggalkan Pakatan.

Umno takut aura Tok Guru Nik Aziz

Imbang PenuhKOTA BHARU - Dewan Muslimat Pas Pusat menyifatkan pihak lawan khususnya Umno takut dengan aura Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sehingga menjadikan sebuah akhbar sebagai platform ‘menyerang’ pemimpin Pas itu.

Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, ketakutan Umno terhadap Pas, Pakatan Rakyat dan Mursyidul Am itu memuncak apabila akhbar berkenaan secara terang- terangan mengkritik Nik Abdul Aziz.

“Suasana politik negara khususnya parti pemerintah kini dalam ketakutan yang semakin kronik terhadap Pakatan Rakyat, khususnya Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Tuan Guru Nik Aziz sehingga mendakwa pemimpin ini tidak wajar mempertahankan kedudukan masing-masing,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Zailah berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan dalam sebuah akhbar berhubung kesanggupan DAP bersama Pas bersebab iaitu menggunakan parti itu untuk kepentingan mereka iaitu mencari pengaruh dalam kalangan orang Melayu.

Zailah yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang berkata, beliau hairan apabila masyarakat mengukur tahap pemimpin Nik Aziz yang negatif seperti kurang mendengar dan pemikiran tidak tajam sedangkan apa yang dialami adalah sebaliknya.

“Apa yang berlaku, Tuan Guru (gelaran bagi Nik Abdul Aziz) sentiasa mengajar dan mengingatkan kita khususnya dalam hal- hal berkaitan agama dan politik, saya hairan bagaimana isu mengatakan pemikiran Tuan Guru tidak lagi tajam dan sebagainya ini ditimbulkan,” katanya.

Zailah berkata, Barisan Nasional kini semakin takut akibat kecurangan dan ketidakadilan yang dilakukan sewaktu memerintah negara ini.

Beliau turut menyeru orang ramai agar menumbangkan agar terus memantapkan sokongan terhadap Pakatan Rakyat dan menumbangkan kerajaan Umno dan BN pada Pilihan Raya Umum ke- 13 (PRU13) nanti.SH

Sebar Risalah Fitnah & Koyak Kain Rentang,Kerja Umno/BN Tidak Bertamadun [ Video Inside ]



KUALA NERUS
– PAS mendakwa sebaran risalah fitnah dan tindakan mengoyakkan kain pemidang program-program PAS adalah propaganda yang dilakukan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) bertujuan menggugat keharmonian kaum di negara ini.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dr Alias Razak menyifatkan kerja-kerja tersebut dilakukan oleh manusia yang tidak bertamadun, dengki dan khianat.

“Ini lah keja-kerja yang tak bertamadun, kain rentang pun dihancurkan di koyak-koyakkan, memang kerja manusia, bukan alam semulajadi, bukan rebut dan taufan,”katanya

Beliau berkata demikian ketika ditemui hadir bersama himpunan secara aman pemuda PAS di bulatan Batu Enam dekat sini pada Selasa 7 Februari .

Selasa, 7 Februari 2012

Gambar : Sultan Kelantan Ziarah Keluarga Mangsa Lemas



Khir Toyo Tinggalkan Beban Besar Di Selangor

SHAH ALAM,7 FEB : Kenyataan bekas Menteri Besar, Dr Mohamed Khir Toyo bahawa beliau tidak terlibat dalam penyerahan konsesi air kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) membuktikan beliau sebenarnya tidak layak dan gagal selaku Menteri Besar Selangor.
Menurut Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin,sebagai bekas pemimpin nombor satu di Negeri Selangor, Khir sepatutnya mengambil tanggungjawab penuh atas kegagalan Syabas menguruskan perkhidmatan pembekalan air dengan baik seperti yang dipersetujui dalam perjanjian bersama.

"Sesungguhnya Tun Dr Mahathir Mohamad yang memilih Khir turut bertanggungjawab di atas kegagalan ini. Sungguh memeranjatkan apabila seorang pemimpin yang diberi tanggungjawab menjaga kepentingan rakyat tiba-tiba menuding jari ke arah orang lain bagi melepaskan dirinya yang kini dianggap sebagai kera sumbang oleh partinya sendiri," tegas Faekah dalam kenyataan medianya.

Menurut Faekah, Khir sepatutnya mengambil tanggungjawab penuh atas kegagalan Syabas menguruskan perkhidmatan pembekalan air dengan baik seperti yang dipersetujui dalam perjanjian bersama.

Khir terlupa perjanjian yang ditandatangani pada 2004 adalah perjanjian tiga pihak dan Kerajaan Negeri turut terlibat dalam perjanjian tersebut bersama Kerajaan Pusat dan Puncak Niaga selaku syarikat induk kepada Syabas.

Khir juga tidak boleh menafikan hakikat bahawa Puncak Niaga mempunyai kaitan rapat dengan Umno; Tan sri Rozali Ismail yang merupakan Bendahari Umno Selangor ketika itu.

"Syabas gagal mematuhi terma-terma perjanjian khususnya dalam meningkatkan mutu perkhidmatan bekalan air bersih kepada pengguna di Lembah Klang termasuk gagal mengurangkan peratusan air tidak berhasil (NRW) tetapi Kerajaan Negeri ketika itu di bawah pimpinan Khir, gagal bertindak sewajarnya," katanya.

Tambah Faekah, di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN), masalah-masalah perkhidmatan air yang gagal ditangani Syabas amat jarang sekali diberi tumpuan biarpun rungutan serta aduan pengguna diterima setiap hari tetapi tidak endahkan hanya kerana Syabas adalah syarikat kroni Umno.

Hal ini membuktikan kegagalan penswastaan; meskipun penswastaan asalnya untuk memberikan khidmat terbaik kepada rakyat dengan sedikit tanggungan kepada kerajaan negeri namun apabila penswastaan dikhianati dengan memberi kontrak kepada kroni dan syarikat yang tiada kepakaran maka inilah akibatnya. Rakyat terpaksa menanggung beban yang tinggi.

PRU13 : Pas Sahkan Salahuddin Ayub Bakal Bertanding Di Johor

SENAI – Pas Johor mengesahkan khabar angin bahawa Naib Presidennya, Salahuddin Ayub bakal menyertai persaingan di negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) sambil menekankan, ia sebahagian daripada strategi mereka mahu bertapak di selatan Semenanjung.

Pesuruhjayanya, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, idea itu telah dicadangkan oleh beliau kepada pimpinan pusat agar dapat memberi suntikan ke atas kepimpinan negeri memecahkan kubu kuat Barisan Nasional (BN) di Johor.

“Memang itu idea saya, kita pilih Salahuddin sebab dia merupakan anak jati Johor dan banyak memberi sumbangan dalam perkembangan politik di negeri ini.“Malah, dia juga merupakan antara pemimpin tertinggi Pas di peringkat pusat dan dikenali ramai, baik dari kalangan kawan mahupun lawan.

“Tetapi bukan dia saja... kita juga alu-alukan anak kelahiran Johor lain yang juga berada di pusat, misalnya Mazlan Aliman (AJK Pas Pusat),” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Dalam satu pertemuan dengan Sinar Harian Online awal minggu lalu, Salahuddin berkata, beliau akan menjawab teka-teki negeri dan kawasan yang akan ditandinginya akhir bulan ini.

Ketika ditanya sama ada akan keluar dari Kelantan kali ini, Ahli Parlimen Kubang Kerian ini hanya berkata: "Itu tunggulah. Bila sampai masa, saya akan adakan sidang media untuk menyatakan di mana saya akan bertanding."

Pengumuman itu akan dibuat dalam beberapa minggu lagi.Salahuddin mengakui beliau secara peribadi sudah memutuskan kerusi yang hendak ditandingi.Banyak pihak membuat andaian Parlimen akan dibubarkan bulan ini.
Pada pilihan raya umum 2008, beliau yang lahir di Kampung Serkat, Tanjung Piai, mempertahankan kerusi Parlimen Kubang Kerian.

Selain dicalonkan oleh Pas kawasan Kubang Kerian, beliau juga dirisik agar bertanding di bahagian Parlimen Pasir Mas di Kelantan dan Titiwangsa (Wilayah Persekutuan).Beliau mengekalkan kerusi Naib Presiden Pas pada pemilihan parti Jun lalu.

Dalam responsnya, Mahdfodz juga berkata, strategi berkenaan menunjukkan komitmen dan kesungguhan kepimpinan Pas untuk mengukuhkan kedudukan mereka dan mengambil alih kerajaan negeri.“Saya percaya Umno sekarang dah mula rasa risau dan tergugat kerana bukan calang-calang pemimpin yang akan bertanding di Johor.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....