Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 8 Februari 2012

Sebar Risalah Fitnah & Koyak Kain Rentang,Kerja Umno/BN Tidak Bertamadun [ Video Inside ]



KUALA NERUS
– PAS mendakwa sebaran risalah fitnah dan tindakan mengoyakkan kain pemidang program-program PAS adalah propaganda yang dilakukan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) bertujuan menggugat keharmonian kaum di negara ini.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dr Alias Razak menyifatkan kerja-kerja tersebut dilakukan oleh manusia yang tidak bertamadun, dengki dan khianat.

“Ini lah keja-kerja yang tak bertamadun, kain rentang pun dihancurkan di koyak-koyakkan, memang kerja manusia, bukan alam semulajadi, bukan rebut dan taufan,”katanya

Beliau berkata demikian ketika ditemui hadir bersama himpunan secara aman pemuda PAS di bulatan Batu Enam dekat sini pada Selasa 7 Februari .
Seramai kira-kira 50 orang pemuda PAS telah berhimpun untuk membantah tindakan ejen-ejen Umno dan Barisan Nasional yang menyebarkan risalah fitnah dan mengoyakkan kain rentang program-program PAS.

Menurut beliau yang juga Timbalan Yang DiPertua PAS Kuala Nerus , ia jelas satu fitnah yang cuba menggugat permuafakatan parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

Antara fitnah yang disebarkan, katanya, berkaitan isu Kampung Buah Pala di Pulau Pinang yang sebenarnya telah dijual oleh kerajaan Barisan Nasional seelum Pakatan Rakyat mengambil alih selepas pilihanraya umum ke-12 tahun 2008.

“(isu) Kampung Buah Pala itu, tanah yang diambil sejak Umno dan Gerakan (Barisan Nasional) memerintah (tanah itu) dijual kepada pemaju (dan) Umno yang jual kepada pemaju,

“(apabila) kerajaan Pakatan rakyat memerintah pemaju nak majukan (banyunkan) kita taka da kuasa apa,”jelasnya.

ADUN Bukit Tunggal itu juga berkata, risalah fitna yang disebarkan berbaur fitnah berkait agama yang boleh menyebabkan ketegangan diantara Islam dan bukan Islam, antara Melayu dan bukan Melayu.

Bahkan, katanya, tidak mustahil akan berlakunya huru-hara akibat propaganda yang dimainkan oleh umno dan BN itu.

“Inilah satu keja yang mengapi-apikan perkauman dan keagamaan dikalangan rakyat dalam Negara ini, kalau perkara (sebegini) ini yang kita timbulkan sudah tentu akan berlaku huru hara dalam Negara kita,”tegasnya.

Beliau menasihatkan supaya seluruh rakyat berhati-hati dengan ‘mainan’ Umno dan BN yang bertindak demikian kerana hanya kerana untuk mengekalkan kuasa mereka.

“ini semua cetusan dari Umno dan Barisan Nasional, kita hendaklah berhati-hati dan orang Melayu orang Islam jangan terima bulat-bulat,

“api (perpecahan) dan provokasi perkauman yang sengaja ditimbulkan Umno dan BN semata-mata kerana mahu mengekalkan kuasa mereka,”katanya.BO

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....