Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 31 Januari 2012

PAS bukan parti pecat orang

KUALA LUMPUR, 31 Jan - PAS menolak tanggapan dan spekulasi tentang kemungkinan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak akan turut dipecat, sebagaimana nasib Hasan Ali, berikutan keengganan beliau campur tangan dalam isu penggantungan lima mahasiswa Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dibawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub menegaskan PAS bukanlah satu parti yang akan memecat ahli sewenang-wenangnya, lagipun isu melibatkan Azizan dan Hasan jauh berbeza.

"PAS bukan satu parti yang mengamalkan budaya suka memecat ahli dan pemimpinnya. Itu mainan politik media arus perdana kerajaan, yang hanya melihat siri pemecatan dari PAS. Jadi, tidak mengamalkan budaya pecat orang, bukan menjadi amalan dan budaya suka pecat orang atau mengambil tindakan disiplin ke atas seseorang.

"Ia hanya dibuat pada waktu-waktu dan ketika yang cukup kritikal. Jadi saya rasa ini hanya mainan media untuk menggambarkan perkara-perkara negatif mengenai PAS," katanya dipetik Sinar Online.Tambah Ahli Parlimen Kubang Kerian ini lagi, isu Azizan hanyalah menyentuh berkenaan teknikal, berkenaan pelaksanaan AUKU di KUIN, manakala Hasan Ali melibatkan penentangan dasar parti secara terbuka.

"Isu Hasan Ali melibatkan penentangan beliau terhadap parti dan dasar parti, dan menggunakan media musuh untuk menyerang parti. Jadi, saya rasa ia harus dibezakan."Datuk Azizan isu teknikal sahaja. Kita harus melihat dari perspektif yang berbeza daripada isu Datuk Hasan Ali," katanya lagi.

Laporan The Malaysian Insider semalam menyebut, Umno Kedah mempertahankan tindakan Azizan yang enggan tunduk terhadap desakan PR yang mendesak supaya Menteri Besar itu campur tangan dalam isu "KUIN lima."

Video : Sambutan Hangat Anak Muda Meraikan Ust Azhar Idrus Di Masjid Negeri Shah Alam




Allahuakbar...bangga dengan anak muda.Kebangkitan anak muda bersama Islam,moga terus istiqomah.Kat mana masjid pun mesti dipenuhi anak anak muda kalau time kuliah ustaz azhar Idrus.

Tahniah kepada anak anak muda yang sanggup membelakangkan majlis majlis lagha setiap kali berselisih dengan majlis majlis ilmu spt ini.

Antaranya majlis sambutan tahun baru di I-City & majlis AJL anjuran TV3. Tidak malukah pemimpin2 yang berhabisan puluhan ribu duit menganjurkn majlis2 hiburan kononnya utk menarik golongan remaja??? Sedangkn remaja dahagakan ilmu agama melebihi hiburan.

Isnin, 30 Januari 2012

Mesti Baca !!! Ust Azizan Dan Politik Kedah

 Oleh : Ahmad Lutfi Othman

Berbanding negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat, Kedah dilihat tidak begitu diserang media Umno-BN. Tentulah ia bukan disebabkan kerajaan negeri yang diterajui PAS itu akan diberi laluan mudah untuk melanjutkan tempoh penggal pertama pemerintahannya. Seperti Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan, BN tetap mengidam untuk menawan semula negeri Jelapang Padi itu.

Sewaktu Tan Sri Khalid Ibrahim di Selangor diserang bertubi-tubi dan Lim Guan Eng di Pulau Pinang dilanyak habis-habisan, khususnya oleh Utusan Malaysia dan TV3, Dato' Seri Ustaz Azizan Abd Razak di Kedah agak selesa menarik nafas lega. Namun ia tidak bermakna Umno membiarkan negeri yang pernah menyumbangkan dua perdana menteri itu terlepas begitu sahaja.

Ketika kerajaan negeri Perak ditumbangkan melalui pakatan jahat yang dirancang Najib Razak -- tidak sampai setahun selepas memegang amanah rakyat -- Kedah turut dilihat goyah. Usaha membeli wakil rakyat tertentu rancak dijalankan. Pakatan Rakyat memiliki 22 kerusi, dengan PAS menguasai 16, BN (14), DAP (1) dan KeADILan lima wakil (termasuk seorang Adun Bebas yang kemudiannya menyertai parti itu).

Kiraan mudahnya, jika lima Adun Pakatan dapat "dibeli", sepertimana berlaku kepada tiga Adun di Perak, kerajaan negeri pimpinan Ustaz Azizan akan tumbang. Alhamdulillah, situasi genting itu berjaya dilalui dengan baik sekali. Meskipun KeADILan terlepas dua Adunnya (dan dua ahli Parlimennya mengisytiharkan diri sebagai wakil rakyat Bebas), hasrat BN untuk merebut Kedah dapat dipatahkan. Kini semua Adun KeADILan merupakan anggota Exco kerajaan negeri!

Sebenarnya asas kekuatan pengaruh PAS di Kedah -- terutama selepas pilihan raya umum 1969 yang menyaksikan ramai tokoh utama Umno negeri itu kalah mengejutkan, seperti Dr Mahathir Mohamad dan Senu Abd Rahman -- hampir seimbang dengan Umno. Meskipun ada ketikanya PAS hanya mempunyai seorang wakil dalam sidang Dun dan langsung tidak mempunyai ahli Parlimen dalam tempoh yang agak lama, namun secara puratanya sokongan pengundi Melayu tidak merosot.

Panas !! Angpow Putih,Gerakan Tuntut Berahim Ali Mohon Maaf

Saya Petik :

SHAH ALAM – Presiden Perkasa Ibrahim Ali digesa memohon maaf dan mengakui tidak sensitif kerana tindakan beliau memberikan angpow menggunakan sampul putih pada majlis rumah terbuka sempena sambutan Tahun Baru Cina, semalam.

Timbalan Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong berkata, tindakan Ibrahim itu juga dilihat sebagai penghalang kepada usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang memperjuangkan konsep 1Malaysia.

“Sampul putih hanya digunakan oleh kaum Cina ketika majlis pengebumian sahaja dan tindakan Ibrahim itu telah menyinggung perasaan kaum Cina yang sepatutnya menyambut perayaan kemasyhuran dan kegembiraan.

“Tindakan beliau (Ibrahim) seolah-olah tidak sensitif dan jahil tentang budaya kaum-kaum di negara ini sedangkan beliau telah menjadi Ahli Parlimen sejak sekian lama," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Siew Keong berkata, kalaupun niat Ibrahim untuk mengadakan rumah terbuka itu baik, tetapi tindakannya memberikan sampul putih benar-benar telah menyentuh sensitiviti kaum Cina.SH

Video : Undur Diri,Penjelasan Presiden PAS

Qazaf: Peguam Anwar bantah hakim, keluar mahkamah


KUALA LUMPUR 30 Jan: Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim bertindak keluar dari Mahkamah Rayuan Syariah Kuala Lumpur, kerana tidak berpuas hati dengan keputusan hakim memberi kebenaran kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan dua yang lain mendengar permohonan mengetepikan kes qazaf.

Peguam, Kamar Ainiah Kamaruzzaman berkata, pihaknya enggan bersekongkol dengan keputusan hakim Datuk Zohdi Toha yang disifatkan tidak relevan.

Menurutnya, beliau tidak dapat menerima keputusan itu kerana berpendapat hakim perlu mendengar permohonan kebenaran terlebih dahulu dan memutuskan sebelum mendengar hujah daripada peguam menteri untuk mengetepi rayuan tersebut.

Beliau bersama-sama tiga lagi peguam, bertindak keluar dari mahkamah selepas tiga hakim mahkamah rayuan memutuskan perkara itu.“Kami tidak boleh sertai (prosiding), ia terang-terang satu penyalahgunaan kuasa oleh pihak pemohon.

“Jadi kami terpaksa untuk keluar. Kami akan mengambil tindakan susulan iaitu menyemak keputusan kehakiman,” kata Kamar Ainiah kepada pemberita di luar mahkamah.

Anwar Ibrahim pada 23 April tahun lalu memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur ekoran mahkamah membenarkan bantahan awal Jamil untuk membatal permohonan Anwar supaya Mohd Saiful Bukhari Azlan didakwa mengikut qazaf.

Anwar pada Ogos tahun lalu juga mengemukakan permohonan di Mahkamah Rayuan Syariah Kuala Lumpur bagi melucutkan peguam yang mewakili Jabatan Hal Ehwal Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam samannya terhadap jabatan itu.

Selain Kamar Ainiah, Anwar diwakili oleh Dorina Abdullah, Dr Mohd Rafie Shafie dan Mohamad Burok.Manakala pemohon diwakili oleh tiga peguam iaitu Roslizam Rahim, Abdul Halim Bahari dan Mohd Ridzuan Ramli.Turut hadir Presiden KEADILAN, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Pengarah Strategi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad dan puluhan penyokong KEADILAN.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....