Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 30 Januari 2012

Panas !! Angpow Putih,Gerakan Tuntut Berahim Ali Mohon Maaf

Saya Petik :

SHAH ALAM – Presiden Perkasa Ibrahim Ali digesa memohon maaf dan mengakui tidak sensitif kerana tindakan beliau memberikan angpow menggunakan sampul putih pada majlis rumah terbuka sempena sambutan Tahun Baru Cina, semalam.

Timbalan Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong berkata, tindakan Ibrahim itu juga dilihat sebagai penghalang kepada usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang memperjuangkan konsep 1Malaysia.

“Sampul putih hanya digunakan oleh kaum Cina ketika majlis pengebumian sahaja dan tindakan Ibrahim itu telah menyinggung perasaan kaum Cina yang sepatutnya menyambut perayaan kemasyhuran dan kegembiraan.

“Tindakan beliau (Ibrahim) seolah-olah tidak sensitif dan jahil tentang budaya kaum-kaum di negara ini sedangkan beliau telah menjadi Ahli Parlimen sejak sekian lama," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Siew Keong berkata, kalaupun niat Ibrahim untuk mengadakan rumah terbuka itu baik, tetapi tindakannya memberikan sampul putih benar-benar telah menyentuh sensitiviti kaum Cina.SH
Sebelumnya Perkasa mendakwa Tidak tahu berkaitan warna sampul angpow saya petik :

SHAH ALAM - Perkasa menegaskan pihaknya menggunakan sampul angpow warna putih pada majlis rumah terbuka pertubuhan itu semalam dengan niat baik atas alasan "putih itu bersih, putih itu suci dan putih itu ikhlas."

Setiausaha Agungnya, Syed Hassan Syed Ali berkata, Perkasa tidak menukar kepada warna lain sebab tidak tahu sampul warna putih lazimnya digunakan dalam majlis-majlis kematian.

Perkasa mengadakan majlis rumah terbuka sempena sambutan Tahun Baru Cina yang pertama di ibu negara semalam.Presidennya Datuk Ibrahim Ali dilaporkan memberikan angpow kepada hadirin dengan menggunakan sampul berwarna putih dan ia menimbulkan perasaan tidak senang di kalangan masyarakat Cina.

"Kalau kami tahu kami tidak gunakan sampul warna putih. Kami ikhlas dengan apa yang kami lakukan dan tiada niat lain."Itu pasal sesuatu tempat perlu masyarakat majmuk supaya faham budaya antara satu sama lain," katanya sambil menambah, "kita mengaku tidak tahu hal itu berkaitan warna sampul angpow."

Bagaimanapun kata Syed Hassan, mereka kini sudah faham dan jelas mengenai budaya masyarakat Cina."sekarang bila sudah adakan majlis seperti itu baru kita faham. Kita tidak ada niat untuk tujuan lain apa lagi menghina. Sebab itu pentingnya kekalkan penempatan penduduk pelbagai kaum agar semua faham budaya antara mereka," kata beliau lagi.SH
Ibrahim Ali sedang menyerahkan angpow bersampul putih yang didakwa menyinggung perasaan kaum Cina.

Ulasan Tinta Hijau DKB

Aku rasa semua orang tau angpow cina mmg merah.Takkan la takde langsung sensitiviti Berahim apabila cuba2 memutihkan angpow tu dengan cuba2 bertanya kat kaum tionghua lain.

Perkasa ni nampaknya makin banyak bercakap dan bertindak makin orang nampak kebodohannya wakakakaka....

3 ulasan:

kampong lad berkata...

ang pow ertinya sampul merah. phek pow baru sampul putih. bukannya sampul angpow. samada vincent tan & che det tak habag kat depa atau disengajakan. kalau tak tau memang bodoh bedengung & kalau disengajakan depa ni melayu kurang ajaq. gerakan saja tibai, mana pi mca & parti/ngo cina lain? ada peluang pembangkang masok jarum, tunggu apa lagi, hentam!

Tanpa Nama berkata...

lu olang pun bodoh... sudan tahu itu Bilahim manyak busuk punya kaki, lagi mahu makan dia punya wang..

Tanpa Nama berkata...

Ini Katak 2-Alam mana boleh caya..
Mulut kata bersih, tapi, hati cakap kasi hampui itu cina.
Tha why ini Katak 2-Alam panggil makan and kasi angpow putih. Mau kasi tau sama cina. Mau kasi malu sama cina.

Ini Katak Memang Cilaka!!

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....