residen Persekutuan Switzerland, Micheline Calmy-Rey, mengarahkan satu siasatan dijalankan ke atas harta milik Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud di dalam bank Switzerland.Sahabat Ambo
Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas
Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud
Translate
Isnin, 13 Jun 2011
Presiden Switzerland arah harta Taib Mahmud disiasat
residen Persekutuan Switzerland, Micheline Calmy-Rey, mengarahkan satu siasatan dijalankan ke atas harta milik Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud di dalam bank Switzerland.Fitnah Seks : Musuh Sengaja Tembak Peluru Busuk, Kata Isteri Mat Sabu
Pilihanraya Turki : Parti AK Pimpinan Erdogan Menang Besar
Perdana Menteri Turki Tayyip Erdogan dengan ditemani isterinya Emine Erdogan melambai ke arah penyokong mereka di ibu pejabat Parti AK, Ankara, semalam. — Foto ReutersErdogan, yang menjadikan Turki Muslim sebagai antara negara yang sedang melalui pertumbuhan pesat di dunia dan mengakhiri kitaran penggulingan kuasa tentera, memperoleh 50 peratus undi di Parlimen dalam pilihan raya yang diadakan semalam.
Keputusan itu, yang dijangka merangsang pasaran kewangan hari ini, bermakna Parti AK perlu berganding dengan parti-parti lain bagi meminda perlembagaan yang telah ditulis 30 tahun lalu ketika pemerintahan tentera.
“Perlembagaan baru memerlukan konsensus dan dialog dengan parti-parti lain dan juga keseluruhan masyarakat,” kata Cengiz Aktar, seorang profesor di Universiti Bahcesehir di Istanbul, kepada Reuters.
“Kita akan lihat sama ada Erdogan bersedia untuk yang ini dengan majoriti yang diperolehnya atau akan pergi sendiri untuk meletakkan pandangannya ke atas Turki - dalam keadaan di mana kita akan ada satu situasi yang sukar,” kata beliau.
Keputusan semalam adalah yang terbaik sejak Parti AK berkuasa sejak 2002 tetapi tidak cukup dua pertiga untuk memanggil referendum berhubung perlembagaan baru.
Keputusan awal dengan mengambil kira 99.8 peratus undi yang sudah dihitung, Parti AK memperoleh 49.9 peratus undi atau 325 kerusi, kurang lima kerusi daripada jumlah yang diperlukan untuk memanggil plebisit.
Pada Parlimen lalu, ia menguasai 331 daripada 550 kerusi yang diperuntukkan.
Pengkritik bimbang Erdogan, yang terkenal dengan reputasinya tidak suka pertentangan pendapat, kemungkinan akan menggunakan kemenangan bagi memperkukuhkan kedudukan beliau, membataskan kebebasan dan mendakwa penentangnya.
Tetapi dalam ucapan kemenangan di Ankara beliau berjanji akan bekerjasama dengan pesaing politiknya.
“Rakyat memberikan kami mesej untuk membina perlembagaan baru menerusi konsensus dan perundingan.
“Kami akan membincangkan soal perlembagaan baru dengan parti-parti pembangkang. Perlembagaan baru ini akan memenuhi tuntutan keamanan dan keadilan,” kata beliau. — Reuters
Ahad, 12 Jun 2011
Mustaffa Ali Kekal SU Agung Pas,Tuan Ibrahim Dilantik Ketua Penerangan
R, 12 Jun: Mesyuarat pertama Jawatan Kuasa Kerja PAS Pusat yang dipengerusikan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, hari ini selesai membentuk kabinet penuh parti itu.Ianya menyaksikan Datuk Mustafa Ali kekal sebagai Setiausaha Agung dengan dibantu tiga penolong setiausaha Datuk Takiyuddin Hassan, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan Ahmad Sabki Yusuf.
Jawatan Bendahari pula bertukar kepada Datuk Abdul Halim Abd Rahman manakala Dr Mohd Hatta Ramli yang sebelum ini penyandang jawatan itu diberi amanah sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat.
Ketua Penerangan pula akan dipegang oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Bagi jawatan AJK PAS yang dilantik pula, mereka adalah Nasharudin Mat Isa, Idris Ahmad, Asmuni Awi, Anuar Tahir, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Zulkefly Mohammad Omar dan Abang Ahmad Kerdee Masagus.
Perkara itu diumumkan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada sidang media di Pejabat Agung PAS sejurus selesai mesyuarat pertama itu.
"Kita telah membuat perlantikan dan dipersetujui sebulat suara.
"Perlantikan ini berkuatkuasa serta merta dan setiausaha akan mengantar surat kepada mereka," katanya.
Bagi Pesuruhjaya PAS negeri pula menyaksikan lima negeri mengalami perubahan iaitu Terengganu- Abdul Wahid Endut, Negeri Sembilan- Mohd Taufek Abdul Ghani, Selangor- Dr Abd Rani Osman, Melaka- Adly Zahari dan Sabah- Aminuddin Halim.
Kesemua negeri lain bagaimanapun kekal seperti senarai berikut:
Kelantan- Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz
Pahang- Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Johor- Datuk Dr Mahfodz Mohamed
Perak- Ust Abu Bakar Husin
Kedah- Datuk Seri Azizan Abdul Razak
P.Pinang- Ust Salleh Man
Perlis- Ust Hashim Jasin
Wilayah Persekutuan- Ust Mohd Noor Mohamad
Sarawak- Ust Adam Ahid
Bila Utusan Cuba MengIslamkan Umno...
ebah. Sepatutnya sebagai akhbar milik Umno, Utusan Malaysia bijaksana untuk memelihara kepentingan politik dan maruah Umno. Namun oleh kerana pimpinan Umno sendiri malas berfikir tanggungjawab untuk menjaga nama baik parti itu sendiri , tugas itu diserahkan kepada mereka yang kurang arif dan golongan yang mempunyai agenda sendiri di akhbar berkenaan.
