Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 12 Jun 2011

Mustaffa Ali Kekal SU Agung Pas,Tuan Ibrahim Dilantik Ketua Penerangan

KUALA LUMPUR, 12 Jun: Mesyuarat pertama Jawatan Kuasa Kerja PAS Pusat yang dipengerusikan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, hari ini selesai membentuk kabinet penuh parti itu.

Ianya menyaksikan Datuk Mustafa Ali kekal sebagai Setiausaha Agung dengan dibantu tiga penolong setiausaha Datuk Takiyuddin Hassan, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan Ahmad Sabki Yusuf.

Jawatan Bendahari pula bertukar kepada Datuk Abdul Halim Abd Rahman manakala Dr Mohd Hatta Ramli yang sebelum ini penyandang jawatan itu diberi amanah sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat.

Ketua Penerangan pula akan dipegang oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Bagi jawatan AJK PAS yang dilantik pula, mereka adalah Nasharudin Mat Isa, Idris Ahmad, Asmuni Awi, Anuar Tahir, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Zulkefly Mohammad Omar dan Abang Ahmad Kerdee Masagus.

Perkara itu diumumkan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada sidang media di Pejabat Agung PAS sejurus selesai mesyuarat pertama itu.

"Kita telah membuat perlantikan dan dipersetujui sebulat suara.

"Perlantikan ini berkuatkuasa serta merta dan setiausaha akan mengantar surat kepada mereka," katanya.

Bagi Pesuruhjaya PAS negeri pula menyaksikan lima negeri mengalami perubahan iaitu Terengganu- Abdul Wahid Endut, Negeri Sembilan- Mohd Taufek Abdul Ghani, Selangor- Dr Abd Rani Osman, Melaka- Adly Zahari dan Sabah- Aminuddin Halim.

Kesemua negeri lain bagaimanapun kekal seperti senarai berikut:

Kelantan- Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz
Pahang- Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Johor- Datuk Dr Mahfodz Mohamed
Perak- Ust Abu Bakar Husin
Kedah- Datuk Seri Azizan Abdul Razak
P.Pinang- Ust Salleh Man
Perlis- Ust Hashim Jasin
Wilayah Persekutuan- Ust Mohd Noor Mohamad
Sarawak- Ust Adam Ahid

2 ulasan:

perwakilan yang kecewa berkata...

Satelah selesai diperingkat Muktamar,nampak jelas perwakilan telah memilih "Kabinet Perang" untuk menghadapi PRU ke13.Sayang seribu kali sayang,bila Presiden PAS mengumumkan Stopa Ali terus jadi S/U Agong dan Tuan Brahim pulak jadi Ketua Penerangan - semangat ahli PAS yang memuncak sudah kendur kembali.Nampaknya keadaan kembali kepada takok lama - tidak akan ada perubahan,tidak akan ada peningkatan dan harapan menjadi harap sahaja.Presiden PAS sudah mengkhianati aspirasi perwakilan.Bak kata Inggeris "Back to square one".

awang sulung hijau muda berkata...

Gurindam buat Hadi Awang,

Orang Melayu dulu-kala,bila "meletakkan kerja",

Yang kurap memikul buluh,
Yang buta menghembus lesong
Yang pekak membakar meriam
Yang tepok menghalau ayam.

Hadi Awang pulak,

Kacang hantu kekal S/ Agong
Rusa masuk kampong jadi ketua penerangan
Binjai lisut jadi bendahari,dan
Kera sumbang jadi AJK Pusat.

Malang sungguh nasib Pak Kadok
Menang sorak,kampong tergadai.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....