Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 2 April 2014

Enam Kemungkinan Punca Kehilangan Pesawat MH370

 Gambar hiasan

Selepas lebih tiga minggu, kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 terus membingungkan penyiasat, dan panel pakar yang bermesyuarat semalam masih tidak dapat jawapan pasti walaupun membayangkan enam kemungkinan menjelaskan apa yang berlaku dalam pesawat itu, lapor Sky News.

Dalam satu majlis anjuran Royal Aeronautical Society (RAeS), pakar terdiri daripada juruterbang, syarikat penerbangan, pengilang dan pengawal selia bertemu di London dan mengemukakan analisis berdasarkan teori berikut - hilang tekanan rendah dalam kabin, asap toksik, kebakaran, rampasan, juruterbang membunuh diri atau kegagalan simulator.

1. Tekanan rendah dalam pesawat tetapi masih meneruskan penerbangan

Apabila berlaku tekanan rendah, pesawat akan terbang secara automatik sehingga kehabisan minyak.
Perkara ini menjelaskan perubahan awal dalam altitud dan laluan pesawat serta terputus komunikasi. Bagaimanapun ia tidak menjelaskan mengapa Sistem Komunikasi dan Laporan Pesawat (ACARS) serta transponder dalam pesawat tersebut dipadamkan, lapor Sky News.

Untuk memadamkan kedua-dua isyarat ini, hanya seseorang yang mahir dalam penerbangan sahaja tahu mematikannya.

Kesan ke atas penumpang akan berbeza-beza bergantung kepada ketinggian. Jika pesawat itu di atas 35,000 kaki, ia akan mengambil masa kira-kira seminit sebelum semua orang tidak sedarkan diri.

Topeng oksigen sepatutnya turun secara automatik yang boleh bertahan selama 15 minit.Anak kapal boleh menggunakan topeng oksigen paling lama, bergantung sama ada mereka menggunakan oksigen tulen atau oksigen campuran.

KESIMPULAN: Ia mungkin.

2. Pesawat itu tercemar dengan asap toksik

Juruterbang sepatutnya mampu menghantar panggilan kecemasan dan, sekali lagi, ia tidak menjelaskan mengapa ACARS dan transponder dimatikan, lapor Sky News.

KESIMPULAN: Sukar berlaku.

3. Berlaku kebakaran papan litar yang menyebabkan kerosakan sistem komunikasi

Ia mungkin menjelaskan kekurangan komunikasi dengan pesawat, tetapi tidak mungkin pesawat masih terus terbang semasa api terus membakar, lapor Sky News.

Sistem komunikasi pesawat boleh juga dimatikan jika kuasa gagal berfungsi atau disebabkan oleh sabotaj.Terlanggar burung boleh berlaku, tetapi tidak mungkin menyebabkan kerosakan sedemikian teruk.

KESIMPULAN: Sukar berlaku.

4. Pesawat dirampas

Pesawat itu tidak diterbangkan ke destinasi lain, mahupun digunakan sebagai senjata untuk serangan pengganas berani mati.

Jika berpunca daripada rampasan berseorangan, tidak ada seorang atau motif dijumpai dan jika ia dilakukan oleh mana-mana kumpulan, sehingga kini tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab, lapor Sky News.

KESIMPULAN: Ia mungkin.

5. Pesawat sengaja dilencongkan oleh juruterbang atau pembantunya

Punca ini belum dikenal pasti. Jika ia percubaan membunuh diri mengapa pesawat terus terbang untuk tempoh yang lama?

Satu persoalan lagi,mengapa tidak ada panggilan telefon atau teks daripada penumpang atau anak kapal, memandangkan Peta bergerak IFE menunjukkan pesawat terkeluar daripada landasan.

Satu penjelasan lagi, sistem IFE juga mungkin dipadamkan, lapor Sky News.Kedua, penumpang tertidur atau tidak sedar perkara buruk berlaku sehingga terlambat untuk melakukan sesuatu.

Penjelasan ketiga, penumpang dan anak kapal mengalami hipoksia sehingga lali, ia mungkin disebabkan tekanan rendah dalam kabin.

KESIMPULAN: Ia mungkin.

6. Kegagalan secara serentak

Seorang pakar teknikal menegaskan bagi setiap senario yang kemungkinan berlaku, terdapat sekurang-kurangnya satu kenyataan bercanggah, lapor Sky News."Jika ia adalah hipoksia, siapa yang lencongkan pesawat?" soal beliau.

"Jika ia terbakar, mengapa ia terus terbang? Jika ia berpunca daripada juruterbang, mengapa anak kapal tidak campur tangan?"

Beliau mencadangkan, mungkin lebih daripada satu senario berlaku pada masa yang sama - seperti api pendawaian dan tekanan rendah.

KESIMPULAN KESELURUHAN: Sehingga lebih banyak bukti ditemui, tiada apa yang boleh dibuktikan.TMI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....