Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 17 Mac 2014

6 Pengunjung Konsert Maut 10 Minit Selepas Ambil Dadah


Siasatan awal polis mendapati enam pengunjung konsert mati dalam tempoh 10 minit selepas mengambil dadah “ecstacy” jenis baru.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata dadah jenis baru itu didapati baru berada dalam pasaran negara ini dan kemungkinan sedang diuji sindiket dadah.

Katanya siasatan polis juga mendapati mereka berkongsi dadah itu yang dijual kepada pengunjung konsert Festival Future Music Asia 2014 (FMFA) di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan harga tertentu.

"Hasil siasatan dan saringan awal daripada ujian hospital, kesemua mereka positif dadah jenis methampetamine dan ampetamine,” katanya hari ini.

Awal pagi Sabtu lepas, enam orang termasuk tiga wanita, meninggal dunia akibat pengambilan dadah selepas mengalami sesak nafas ketika menonton konsert berkenaan manakala 15 individu lagi dirawat di hospital.

Ekoran insiden itu, konsert itu yang sepatutnya berlangsung tiga hari dibatalkan pada hari terakhir semalam.

Mereka dirawat di Hospital Kuala Lumpur, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia dan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) manakala seorang dibenarkan keluar dari PPUM semalam.

Noor Rashid berkata sebelum insiden itu, polis telah menahan 40 orang iaitu sembilan orang, masing-masing memiliki ecstacy dan ganja manakala 22 orang disyaki mengambil dadah yang jenisnya belum dikenal pasti.

"Mereka yang ditahan kerana memiliki 'ecstacy' iaitu empat warga asing dan lima warga tempatan, memiliki ganja dua warga asing dan tujuh warga tempatan manakala 22 orang lagi iaitu enam warga tempatan dan 16 warga asing antaranya dari Zimbabwe, Australia, Indonesia dan India," katanya.

Beliau berkata berdasarkan kajian oleh Pejabat Pertubuhan Bangsa Bersatu mengenai Dadah dan Jenayah mendapati dadah baru terhasil setiap dua minggu. – Bernama

1 ulasan:

Unknown berkata...

konsert di rasmikan oleh nazri aziz .... yang mati itu pun dirasmikan oleh dia juga ..... bila tanya tentu dia jawab: aku peduli apa ....!!!

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....