Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 17 Ogos 2014

MB Selangor : PR Hanya Hantar Nama W.Azizah,Azmin Tarik Diri


Pakatan Rakyat akhirnya memutuskan untuk mencalonkan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail sahaja sebagai calon menteri besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Perkara itu baru diputuskan dalam mesyuarat majlis presiden PKR, DAP dan PAS di sebuah hotel di Subang Jaya, Selangor sebentar tadi.

"Majlis Pimpinan (Pakatan) juga mengambil maklum dan menghargai pencalonan Wan Azizah dan Azmin Ali untuk jawatan menteri besar.

"Bagaimanapun Azmin menegaskan bahawa beliau kekal menyokong keputusan PKR untuk menamakan Wan Azizah sebagai calon menteri besar baru Selangor," kata Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media sebentar tadi.

Mesyuarat PKR sebelum itu telah memutuskan untuk tetap menyokong Wan Azizah seperti yang diputuskan parti 21 Julai lalu.

PAS pada tengah hari telah meminta satu lagi nama iaitu Azmin untuk dicalonkan sebagai menteri besar bersama Wan Azizah.

Justeru Anwar berkata PKR akan meneruskan proses memohon menghadap sultan Selangor untuk mempersembahkan keputusan itu kepada baginda secepat mungkin.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata PAS akur dengan keputusan itu selepas Azmin bersetuju mengikut keputusan parti.

"Sebagai timbalan presiden parti saya akur dengan keputusan parti PKR mencalonkan Wan Azizah seperti yang dipersetujui dalam akuan bersumpah yang ada.

"Dua calon dah ada di sini dan selepas mesyuarat tadi Azmin hormati keputusan partinya," kata beliau ringkas.

Azmin: Parti lebih penting

Sementara itu, Azmin ketika ditemui media menegaskan partinya dan Pakatan lebih penting berbanding siapa yang menjadi menteri besar.

"Bagi saya, parti diutamakan. Saya beritahu rakan sejawat saya (dalam mesyuarat) kita mesti bekerja sedaya upaya untuk Pakatan.

"Saya amat percaya selepas krisis ini Pakatan dan PKR akan bertambah kuat," kata beliau.Azmin turut menafikan khabar angin beliau bertegas mahukan jawatan itu.M'kini

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tahniah YB Azmin , YB mempunyai jiwa besar untuk melihat aspirasi rakyat ke PUTRAJAYA . Memantapkan Pakatan Rakyat adalah agenda utama yang berterusan serta mengekalkan prinsip PR . Tahniah juga Kak Wan kerana dicalonkan ke MB Selangor .

Tanpa Nama berkata...

pertanyaan...adakah beliua mampu menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin, kerana selama ini dia hanya menurut perintah sahaja

Tanpa Nama berkata...

terima kasih PAS kerana melukakan hati rakyat selangor.

Tanpa Nama berkata...

Majlis syura...andalah harapan terakhir kami....brrsuaralah demi keadilan...bkn parti keadilan

Tanpa Nama berkata...

Buatlah satu tindakan drastik wahai majlis syura krn klu kamu diam...Pas akan lenyap dr muka bumi Msia dlm tempoh 5-10thn lg. Anuwarisma akan mengambil alih 100% Pas...kemudian keahlian penuh akan dibuka kpd semua tanpa mengira agama...kemudian pas akan diserap bwh pkr....itulah rencana yahudi wahai majlis syura...kamu la benteng terakhir kami. Bebaskanlah pas dari cengkaman anai2. Kemenangan milik Allah bkn Pr. Allah tidak tanya kamu menang atau tidak....

Tanpa Nama berkata...

Persoalan besarnya, adakah kesemua pengundi(orang yang menentukan siapa adun yang kan dipilih) selangor bersetuju untuk pertama kalinya dalam sejarah selangor MBnya dari orang bukan anak selangor walau pun terdapat perpecahan namum tidak dinafikan ada juga dikalangan pengundi sangat sangat tidak bersetuju.

Tanpa Nama berkata...

Generasi jemaah islam akan dtg akan menilai tindak tanduk kalian wahai majlis syura.....jgnlah mengecewakan mereka...kamu mungkin dihina zaman ini...tetapi kamu kekal wangi sepnjang zaman....allahu akbar

Tanpa Nama berkata...

mana maruah majlis ulama....mula ditentang nama azizah...seperti tangan dipulas....

Tanpa Nama berkata...

ULAMA untuk manusia bukan untuk PARTI...sampai bila boleh selindung..Depan cakap lain, belakang cakap lain..sebab itu kita tk boleh Buruk sangka sesama islam.

Tanpa Nama berkata...

Apapun... PAS sudah tiada identiti... PAS lalang... PAS sudah tiada imam... PAS sudah lesu... PAS sudah ketandusan imam lelaki... PAS is nothing... sungguh sedih... sungguh kecewa... habis lah dana tu kat puak2 yg tamak haloba ni... tolong baik pulih jalan raya dari Banting ke klang... jalan tak rata...

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....