Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 22 Ogos 2014

Kenyataan Khalid Samad Bukan Pendirian Pas

KUALA LUMPUR: Kenyataan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad bahawa pengguna internet (netizen) berpandangan Sultan Selangor tidak sepatutnya diberi kuasa mutlak melantik menteri besar, bukan menggambarkan pendirian PAS.

Sebaliknya kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, kenyataan Khalid itu hanya bersifat peribadi dan tidak mewakili pandangan rasmi parti.

"Ini tidak menggambarkan pendirian PAS. Ia hanya pandangan peribadi beliau.

"Pendirian PAS adalah, apa yang terkandung dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor, di mana Tuanku merupakan kata pemutus dalam perlantikan menteri besar," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily.

Khalid yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dalam sidang medianya semalam berkata, netizen kini sudah mula memberikan pandangan sultan tidak sepatutnya diberi hak mutlak melantik menteri besar kerana sistem yang menjadi amalan di negara ini adalah sistem raja berperlembagaan.

Katanya, komuniti netizen mula membangkitkan perkara itu ekoran krisis menteri besar di Selangor selepas PAS menyerahkan dua nama kepada Pakatan Rakyat (PR) untuk dipersembahkan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Beliau mendakwa bukan sahaja pengguna internet, malah ahli akademik dan Tun Dr Mahathir Mohamad juga turut berkata seperti itu.

Dalam pada itu, Mustafa turut mengingatkan semua pimpinan PAS agar tidak membuat kenyataan peribadi secara terbuka khususnya berkait dengan isu-isu sensitif.

"Kenyataan peribadi pemimpin PAS ini kadang-kadang disalah tafsir sebagai pendirian rasmi PAS.

"Jadi jangan buat kenyataan peribadi secara terbuka, terutama dalam perkara sensitif," tegasnya. - Hrkh

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

terajang keluar MP Pas Shah Alam tu dari Negeri Selangor,

Nyokomeng berkata...

khalid samad ni makin melampau dari hari ke hari.

masa PAS jatuh 2004 dulu terus di tuduhnya TGHAHA sanagat lemah dan memberi gambaran macam sengaja melepaskan Trg.
khalid tidak tahu penipuan pengundian oleh UmnoBn di Trg pada masa itu.

khalid tanpa adab terus mewarwarkan analisis "hebat"nya.

dengan isu terkini, khalid nampaknya lebih PKR dari PKR.

betul sebagaimana dikatakan..
org mcm khalid ni...ada kecerdikan, tapi kurang akal!

Unknown berkata...

Banyak masa MP pas ni tengok Internet, Mp yg tak tunaikan janji untuik tutup kilang arak di SELANGOR ,kau tunggulah balasan ALLAH,

Tanpa Nama berkata...

Apabila org.yg kita.tak suka berkata begini kita tolak, tetapi mana2 sttement yg terang2 bercanggah dgn keputusan muktamar tertinggi kita sokong malah orang yg bantah kita tentang habis2an. Bilalah.. politik m'sia ni akan bertaraf cerdik.

Tanpa Nama berkata...

Klu ikut logik dia...ramai jgk netizen dh x suka kt lajnah2 pkr dlm pas ni...so ada berani kuar pas? Sebenarnya bila dh x taat pd parti Allah tanam perasaan resah dlm jiwa dia...x aman sehingga dia rasa panas dlm jemaah pas..tgklah.

Tanpa Nama berkata...

pas tak tentu arah sekarang, lepas karpal sing mampos pas terus berkabung takut badinya menyerang sampai pas bisu pekak dan tak ada taring macam satu masa dahulu.

berpolitik tipu helah dan muslihat adalah kekuatan misti ada kepada pemimpin dan ahli, hari ini pas buta saja kena kencing dan lanau, apa pas mampu pertahankan jika islam melayu kena tipu oleh puak munafik yg berada dalam pas sendiri???

hidop pas sepanjang zaman cuma menang slogan UMNO adalah musuhnya, yg lain simpan bawah jubah dan serban-tenguklah pemimpin pas anuariz dah buang longkang pakaian sunah bercakap pon bukan tahaf pemimpin islam.

tidak lama lagi bila \kepimpinan ulamak pupus pas serupa dap/pkr menghalal semua cara untuk tujuan kuasa politik sahaja, walaupon UMNO dipandang jahat namun jasa nya pada melayu islam dan negara makin cemerlang (dah lama berkawan dgn kafir- tak merosakkan akidah dan pendirian) pas mabuk laut ada dalam pakatan serupa tikus nak baiki labu.

Tanpa Nama berkata...


pas tak tentu arah sekarang, lepas karpal sing mampos pas terus berkabung takut badinya menyerang sampai pas bisu pekak dan tak ada taring macam satu masa dahulu.

berpolitik tipu helah dan muslihat adalah kekuatan misti ada kepada pemimpin dan ahli, hari ini pas buta saja kena kencing dan lanau, apa pas mampu pertahankan jika islam melayu kena tipu oleh puak munafik yg berada dalam pas sendiri???

hidop pas sepanjang zaman cuma menang slogan UMNO adalah musuhnya, yg lain simpan bawah jubah dan serban-tenguklah pemimpin pas anuariz dah buang longkang pakaian sunah bercakap pon bukan tahaf pemimpin islam.

tidak lama lagi bila \kepimpinan ulamak pupus pas serupa dap/pkr menghalal semua cara untuk tujuan kuasa politik sahaja, walaupon UMNO dipandang jahat namun jasa nya pada melayu islam dan negara makin cemerlang (dah lama berkawan dgn kafir- tak merosakkan akidah dan pendirian) pas mabuk laut ada dalam pakatan serupa tikus nak baiki labu.

Tanpa Nama berkata...

Ternyata pas sudah pun hilang kelayakkan bagi memperjuangkan nasib orang melayu/islam dimalaysia.Ulama dalam pas gagal mendidik pemimpin2 yg mewakili mereka.Bagaimanakah pas boleh diharapkan utk memimpin dan mendidik masyarakat kearah islam seperti yg didakwa.Pas tidak lebih dari sebuah parti politik yg jelas tiada bezaanya dgn umno, pkr dan dap.Islam hanyalah senjata utk mengaburkan ahli dan pengundi bagi menyokong cita2 politik mereka.HAAAAAMPEHHHHHHHH.

Tanpa Nama berkata...

Khalid Samad mu lah potong Q semasa nak isi minyak di Caltex Wakaf Che Yeh hari tu depan aku, mu nak gi ceramah Kuala krai, aku kenal mu dan sebagai pemimpin mu memang tadak adab, mu naik Mercedes masa tu... tulah kesopanan hak mu ada, jadi aku tak heran mu buat gini ko Tok Guru Presiden

UMNO PARTI PENJARA berkata...

Adam Adli Dipenjara - Bukti UMNO BENCI anak muda!!

Tak perlu berdolak-dalik...

Politik tetap politik. Kuasa bukan segala2nya.... Tetapi kenapa pemimpin UMNO perlu takut dengan bayang2???

Adakah bila generasi tua UMNO mati, akan diganti dengan generasi datuk nenek UMNO???




Kekejaman pemimpin UMNO yang dilakukan kepada anak muda bukti jelas mereka membenci dan menghina anak muda dan takut dengan bayang2 sendiri!!!



Yang pasti, apabila pemimpin UMNO membuat sebarang hasutan dan kesalahan, mereka akan terlepas dan kalau didenda pun tidaklah setimpal...


Sumber berita

>>>> Klik Di Sini

Tanpa Nama berkata...

kenapa blog tinta hijau ni bila bukak otomatik bertukar ke blog lain?

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....