Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 12 Ogos 2014

Anwar jumpa Presiden Pas di Terengganu

 Datuk Seri Anwar Ibrahimdi Lapangan Terbang Sultan Mahmud selepas mengadakan pertemuan mengejut dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang

KUALA TERENGGANU - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan mengejut dengan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang di sini petang ini.

Setiausaha Agung Pas Pusat, Datuk Mustapa Ali ketika ditemui pemberita mengesahkan perkara itu.

"Ok. Ya saya sahkan ada (pertemuan)," katanya ketika ditemui di pekarangan sebuah hotel di Kuala Ibai di sini.

Pertemuan berkenaan dipercayai ada kaitan dengan kemelut isu menteri besar Selangor.

Bagaimanapun, Hadi enggan bertemu dengan media dan meninggalkan tempat perjumpaan itu secara tergesa-gesa.

PKR telah memecat Abdul Khalid sebagai anggota parti ekoran keengganan beliau melepaskan jawatan menteri besar dan memberi laluan kepada presiden parti Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail untuk menggantikannya.

Abdul Khalid sebelum itu memberitahu pemberita di Shah Alam bahawa Sultan Sharafuddin Shah telah memberi perkenan kepada beliau untuk terus kekal sebagai menteri besar.SH

2 ulasan:

CEO Siber berkata...

(( Sidang Tertutup )) -Penyelesaian Akhir Krisis MB Selangor

Hakikat yg pasti, UMNO takut terkubur di Selangor Jika Wan Azizah menjadi MB Selangor... Mungkin Ya!

UMNO perlu menerima hakikat ini yg memulakan drama ini berlarutan kerana mengumumkan Anwar bersalah kes liwat beberapa hari sblm sempat bertanding di kajang... Kemaruk kuasa di negeri termaju ini, menjadikan UMNO sanggup buat apa saja... Tapi tak mungkin pd Wan Azizah.. UMNO sudah berada di jalan mati...

Tapi, jika pemimpin lain yg menjadi MB selangor, mungkin UMNO mempunyai jalan2 lain yg lebih mudah!

Tawaran yg ditawarkan UMNO hanyalah cerita dongeng...

Konflik Anwar dan Khalid bersifat sementara..

Khalid akan pulang ke pangkuan PKR melalui Anwar juga sebenarnya..

Jadi, jangan susah hati sgt ye :)


Sumber
>>> Klik Di Sini

Tanpa Nama berkata...

Pas ditubuhkan bukan diKelantan. Pas dari Trengganu lebeh baik dai Pas Kelantan. Plet D lebeh racist dari Melayu.itu patutnya tok gu5ru ajak pada kaumnya. Nitidak negra islan Negara Islam negara Islam lebeh baik perjuagkan soal halal wal haram tu dulu perbaiki ekonomi Orang Melayu. Jangan tinggikan suara dalam Masjid sebagaimana sabda Nabi. S.A.W

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....