Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 11 Ogos 2014

Orang Kanan TS Khalid Isytihar Keluar PKR

 Untuk besarkan KLIK IMEJ

Orang kanan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, ‎Faekah Husin mengisytiharkan dirinya keluar PKR hari ini kerana tidak berpuas hati dengan tindakan parti itu memecat majikannya.

Faekah dalam surat ke‎pada Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau hilang kepercayaan kepada parti kerana gagal menguruskan krisis kedudukan menteri besar Selangor.
"Saya penama dan nombor keahlian seperti di atas mengisytiharkan keluar daripada menjadi ahli PKR serta merta.

"Tindakan ini saya ambil kerana sudah hilang kepercayaan ke atas pucuk pimpinan parti yang ternyata gagal menangani isu berbangkit daripada kedudukan jawatan menteri besar Selangor secara berhemah dan menurut tatacara yang betul serta teratur.

"Cara dan tindakan yang dilakukan oleh pucuk pimpinan parti ke atas Khalid jelas terkeluar dan terpesong daripada nilai-nilai keadilan yang selama ini diperjuangkan oleh parti ini sejak ditubuhkan pada 4 April 1999," katanya dalam surat tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar (MBI) ‎itu memulakan karier politiknya sebagai ahli Parti Keadilan Nasional (PKN) sejak mula ditubuhkan pada 1999.

Faekah ketika mengesahkan surat tersebut kepada The Malaysian Insider berkata, beliau akan meneruskan tugasnya dalam pentadbiran negeri dan peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) seperti biasa.

"Saya akan tumpu pada kerja memajukan hartanah atas nama MBI yang mana saya adalah CEO."Penyelaras DUN masih kekal sebab Tan Sri (Khalid) adalah Adun Pelabuhan Klang," katanya.Pada 2000, beliau dilantik sebagai ketua Penerangan Wanita PKR Selangor dan bendahari Wanita negeri.‎

Faekah yang juga peguam dan pemilik firma Faekah & Choung pernah dipilih menduduki Majlis Pimpinan Wanita Keadilan Pusat pada 2001 hingga 2004.‎

Beliau adalah Setiausaha Politik kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebelum diarahkan menjadi setiausaha politik kepada Khalid pada 2010 menggantikan Nik Nazmi Nik Ahmad yang dilantik menjadi pengarah Komunikasi PKR.

Faekah sebelum ini dilihat sering menyatakan kritikan terbuka terhadap pemimpin PKR termasuk berperang di Twitter dengan Timbalan Presiden Mohamed Azmin Ali demi mempertahankan kepimpinan pentadbiran Khalid di Selangor.

Beliau juga menimbulkan kemarahan kem Azmin sehingga ada usaha menjatuhkannya melalui gerakan #pecatfaekah dan pernah diberikan surat tunjuk sebab kerana melanggar disiplin parti berhubung Pemilihan PKR baru-baru ini.TMI

1 ulasan:

Kamree Hisbul berkata...

Apa nak heran , Boss dah kena pecat , gang sekeliling kalau tak pecat diri sendiri pun dah kira otomatik keluar . Tak payah istihar rakyat dah paham .

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....