Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 13 April 2014

Azmin Ali Bidas Saifuddin Nasution

 Azmin Ali

Penyandang kerusi Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali membidas kenyataan Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail bahawa PKR merupakan parti berteraskan Melayu.

Menurut Azmin, PKR adalah parti politik berbilang kaum dan agama dan sudah berjuang hampir 15 tahun menolak politik perkauman.

Saifuddin dalam kenyataannya kepada akhbar News Straits Times 11 April lalu mengakui PKR perlu menerima hakikat bahawa parti itu masih bergantung kepada sokongan majoriti Melayu.

"Tidak. PKR tak pernah jadi politik berasaskan Melayu. PKR punya tanggungjawab besar memastikan satu budaya politik baru dapat dibawa dalam politik Malaysia, iaitu politik pelbagai kaum," kata Azmin pada sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Ditanya mengenai debat antara calon Timbalan Presiden, Azmin berkata pihaknya masih menunggu pandangan Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) sama ada membenarkannya diadakan.

"Sekiranya ahli parti melihat perbahasan terbuka membantu mereka membuat pilihan kita raikan penyertaan anggota parti mengadakan perbicangan terbuka," katanya.

Apabila ditanya mengenai visi dan misi terbaru, Azmin berkata perkara itu akan dijelaskannya melalui forum yang akan diadakan di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada 16 April ini.

Merujuk kepada gabungan “Masa Depan Bersama antara Saifuddin-Nurul Izzah Anwar-Rafizi Ramli”, beliau sekali lagi menegaskan strategi itu tidak memberi perkembangan sihat kepada masa depan PKR kerana baginya yang menentukan masa depan parti adalah ahli dan bukan mengikut kumpulan.

"Namun saya sambut baik rakan-rakan yang menawarkan khidmat kepada parti dan harap proses akan berjalan dengan baik," katanya.

Beliau turut memberi amaran kepada calon supaya bekerja keras sepanjang masa, bukan hanya seminggu sebelum pemilihan dan lesap tiga tahun selepasnya.

Azmin yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Selangor turut berikrar akan mempertahankan kedudukan Selangor sebagai "kubu terkuat PKR" di negeri itu.

Proses penamaan calon peringkat cabang Selangor bermula hari ini pada pukul 10 pagi sehingga 5 petang di hadapan ibu pejabat PKR melibatkan keseluruhan 22 cabang.TMI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....