Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 23 April 2014

Akhirnya Daim Mengaku Miliki Bank Di Tanzania

 Datuk Seri Anwar dan Tun Daim Zainuddin

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin semalam mengaku bahawa beliau memang memiliki bank di Tanzania seperti didakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Ya... memang saya ada bank di sana (Tanzania)... lama dah. Anwar pun tahu sebab dia ambil alih Menteri Kewangan daripada saya dulu.

"Masa Anwar jadi Menteri Kewangan, dia mempengerusikan satu jawatankuasa mengenai rasuah (peringkat kabinet)... kenapa waktu itu tidak ambil tindakan terhadap saya," kata Daim dipetik Berita Harian.

Beliau berkata demikian selepas hadir program Bicara Petang Bersama Tun Daim Zainuddin di ibu negara semalam.Beliau turut mengakui pernah dua kali disiasat pada 1999 berhubung pemilikan itu.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh dalm siri ceramahnya sebelum ini mendakwa mempunyai bukti penyelewangan besar Daim.Beliau turut mendakwa Daim menyimpan duit di Tanzania, salah sebuah negara di Afrika Timur.

Maklumat itu kata Anwar diperolehi dari gabenor bank negara Tanzania yang menyebut bahawa Daim ada menyimpan wang di negara itu.

Anwar berkata, beliau dimaklumkan bank di Tanzania itu adalah 'istimewa' kerana Daim hanya menyimpan duit sahaja tanpa sebarang operasi.

Terbaru dalam satu temubual dengan Harakahdaily, Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria pula mendedahkan bahawa Daim juga pernah memiliki sebuah bank di Bangladesh.

Menurut Razman, beliau mempunyai maklumat bahawa Daim pernah mengambil alih ICB Islamic Bank Limited berdaftar di Karwan Bazar, Dhaka sekitar antara tahun 2006 dan 2007.

"Bagaimanapun maklumat yang kami perolehi, beliau telah menjual bank itu pada Oktober 2010 dengan harga USD55,000 juta," kata Razman kepada Harakahdaily.

Razman juga mendakwa, Daim mempunyai beberapa lagi milikan di luar negara melalui syarikat induk ICB Financial Group Holding AG atau juga dikenali sebagai ICB Banking Group yang berpengkalan di Switzerland.Hrkh

2 ulasan:

megat panjialam berkata...

Sebelum Tun M menjadi PM, Tun Daim sudahpun bergelar tokoh korporat. Beliau tidak melolong melalak ke hulu hilir mengkafirkan umat islam lain, sebaliknya berusaha. Beliau merupakan salah seorang pemaju perumahan Bumiputera di Malaysia dimana Taman Maluri Kg Pandan adalah dibawah pembinaan syarikat beliau.

Tanpa Nama berkata...

Dan beliau juga dikenali dengan gelaran MR 10% kerana sentiasa minta komisen atas projek2 yg dibawakan untuk perhatian Mahathir. Sila cari info dr pegawai-pegawai atasan kerajaan tahun 80an, kebanyakkannya amat mengenali keburukan perangai Daim ini.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....