Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 18 Mac 2014

Video : Panas !!! Raja Bomoh Mahu Saman Anwar Ibrahim RM 300 Juta


Rupa-rupanya tindakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengaitkan nama 'Raja Bomoh' dalam satu ceramah politiknya di Kajang mengundang perasaan marah individu berkenaan. 

Ibrahim Mat Zin yang dipetik sebuah blog berkata, tindakan Anwar mahu meraih populariti dengan menggunakan namanya sewaktu berkempen sebagai tidak wajar.Malah Ibrahim turut mendakwa, Anwar sebagai "kacang yang lupakan kulit" kerana melupakan budi yang pernah diberikannya sebelum ini. 

“Saya tidak pernah kenal dia, tapi dia pernah makan budi saya. Masa dia jadi Menteri Pertanian dia datag ke Sungai Manik, Perak. Masa itu dia datang saya sponsor (taja) dia makan. Tapi manusia lupa kulit, tak tahu nak cakap la (jenis) lupa orang. Kita tak lupa dia (tapi) dia lupa kita” katanya.

Beliau turut menjelaskan akan memfailkan saman malu terhadap Ahli parlimen Permatang Pauh itu kerana menggunakan nama dan popularitinya di dalam kempen dan ceramah pilihan raya.

“Anwar Ibrahim kalau dia lantang (bangkitkan lagi isu) saya akan sama malu, kerana dia menjual nama saya ketika (ceramah) pilihan raya kerana dia tidak ada modal.

“Dia cakap dalam Parlimen baru-baru ini, siasat siapa Ibrahim Mat Zin. Jadi dia nak siasat saya, siasat diri sendiri dulu, jangan tuduh orang bukan-bukan," bidasnya.  

Katanya lagi kepada blog berkenaan, Anwar sepatutnya menjaga aib dan masalah sendiri, sebelum sibuk dengan isu orang lain.

“Saya akan saman Anwar sebanyak RM300 juta, kalau dia main-mainkan saya. Biadap.. Kamu hakim agama ke? ” tegasnya lagi.

Ketua Umum PKR itu sebelum ini menggesa agar siasatan segera dijalankan terhadap bomoh yang melakukan upacara itu di terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kononnya untuk membantu menjejak kehilangan pesawat MH370.

“Saya nak tahu siapa yang suruh, siapa yang membayar mereka, siapa yang membenarkan? Apakah ini bomoh ’1Malaysia’?

“Mana pergi Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)? Mana pergi menteri yang membiarkan perkara itu berlaku?

“Bila bomoh buat sebegitu, panggil pula media antarabangsa (buat liputan), tak malukah kita? Ini (perbuatan) syirik,” katanya.SH

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kah...kah...kah...bomoh bangang

Tanpa Nama berkata...

Janganlah jadi macam cerita senetron KPT yang ditayang oleh Tv tiga suku tu orang kaya terlanjur kaya beri sedekah catit dalam buku orang disekelinling semua kismin(Miskin jika diubah huruf kebahasa melayu),sedarlah siapa diri kita ,bukan bermakna bila kita dah jadi khalifah silat kita boleh cakap takbur yang semua kita boleh buat ,ayat quran yang kita baca itu pun belum tentu betul lagi makhraj hurufnya ditambah pula dibaca bercampur aduk dengan amalan khurafat dan syirik ,bawalah bertaubat dan kembali kepangkal jalan usahlah menyesatkan orang lain pula cukuplah setakat yang sedia mengikut kita saja yang sesat,mudah-mudahan Allah beri pertunjuk keatas diri dan pengikut anda,amin!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

TOK MOH 007 SAID:


SETUJU ! BANGET TOK MOH IBRAHIM MAT ZAIN SAMAN ANUWAR 300 JUTA..

Tanpa Nama berkata...

betul ler bangang punya tok bomoh

Selendang berkata...

org yg berilmu bertaraf guru sebenar2 guru adalah penuh sifat mulia merendah diri tidak sombong tk mudah marah melenting.

org yg ikhlas tidak kisah apa org nk ckp syrik ke apa ke.

sebb yg penting bukan apa org ckp, yg penting apa yg agama ckp tentang perbuatan kita.

apa guna dimata org kita disanjung dicium tgn, sedangkan disisi Nya kita sedang dimurkai.

pilihlah, nk pujian dr manusia atau dariNya.

Tanpa Nama berkata...

BUKAN KE PERBELANJAAN MENTERI2 MALAYSIA BILA KE MANA2 DITANGGUNG OLEH KERAJAAN?
YG BOMOH BENGONG NI SPONSOR BUKAN SALAH MENTERI TAPI BOMOH BENGONG YG RELA SPONSOR

KAPAL berkata...

jgnla nk saman2 anwar, nnti jumpa karpal singh hujah kt mahkamah.

ketika itu takkan pemimpin umno dan JAIS nk bela bomoh. mereka juga kata bomoh bersalah.

nnti karpal singh tanya.. itu kelapa teropong dan tikar terbang ikut sunah yang mana? kot kot la kan dia tanya gitu.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....