Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 3 Mac 2014

Kenapa Tan Sri Khalid Berkunjung Ke Kelantan ?? Ini Jawapanya...


Dalam kesibukan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kajang, menteri besar Selangor yang juga pengarah jentera PKR, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkunjung ke Kelantan semalam dan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersejarah antara dua negeri Pakatan Rakyat itu untuk membangunkan tujuh projek usahasama.

Kerjasama itu dibuat antara Perbadanan Menteri Besar Selangor, Perbadanan Menteri Besar Kelantan dan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK).

Tujuh projek itu ialah hab halal, pendidikan agama, pembangunan latihan belia, pembinaan empangan tadahan air, pengembangan sistem gadaian Islam atau al-rahnu, pembangunan rangkaian fiber serta mewujudkan pusat pengumpulan dan pemasaran produk Kelantan di Selangor.

Ia merupakan lawatan rasmi pertama Khalid selaku menteri besar Selangor ke Kelantan, dan beliau turut bertemu rakan sejawatnya, Datuk Ahmad Yakub.

Mengiringi Khalid ialah Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Modal Insan, Dr Halimah Ali dan Pengerusi Kumpulan Perangsang, Raja Idris Raja Kamarudin.

Kerjasama di antara Selangor dan Kelantan, iaitu negeri maju dengan kedudukan kewangan kukuh dengan negeri miskin, dikira amat bermakna.Ini kerana, ia boleh membantu Kelantan melaksanakan projek untuk kepentingan rakyatnya.

Ketika di Kelantan, Khalid juga mengunjungi mursyidul am PAS yang juga bekas menteri besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, di Pusat Pemikiran Tok Guru yang terletak di Kompleks Kota Darul Naim, Kota Bharu.

Khalid beberapa hari lalu mengumumkan akan bertanding jawatan timbalan presiden PKR dalam pemilihan parti Mei nanti. Jawatan itu disandang seterunya Mohamad Azmin Ali.

Sebelum ini, Khalid menandatangani MoU dengan kerajaan pusat dalam satu majlis yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bagi pengambilalihan industri air di Selangor daripada empat pemegang konsesinya sebelumnya.

Tindakan Khalid itu menimbulkan pelbagai tanda tanya, sementara pemimpin PKR sendiri terkejut kerana tidak dimaklumkan mengenai MoU tersebut.TMI

1 ulasan:

deen berkata...

Khalid sedang mencari 'godfather' bagi persiapkan diri mlawan Anwar Ibrahim dan Azmin. Diperingkat pusat beliau sudah''kautim' ngn Muhiddin Yassin dengan menjualkan kepentingan rakyat Selangor kepada UMNO/BN dan kini mahu 'kautim''PAS bagi mencapai sepakat dari ADUN2 Selangor.
Khalid sedang persiapkan diri bagi hadapi perang besar tidak lama lagi.
Manusia yang paling berkepentingan diri adalah Khalid. Dulu saya memang respect dia tapi sekarang dah punah segala-galanya kerana untukmkepentingan diri dia sudah ''menjual'' mrakyat Selangor.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....