Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 25 Mac 2014

Video & Gambar : Aksi Sedih Dan Sayu Keluarga Penumpang Pesawat MH 370

Saksikan Gambar2 dan video kesedihan keluarga penumpang pesawat MH 370 yang disahkan terhempas di lautan Hindi.BACA SINI.Tinta Hijau DKB turut berkongsi kesedihan yang mereka alami.

Semoga keluarga penumpang pesawat MH 370 terus tabah dalam menghadapi situasi kehilangan orang yang tersyang.Al Fatihah buat penumpang yang beragama Islam,dan semoga roh mereka dicucuri rahmat ~ Tinta Hijau DKB

















Foto : Reuters & TMI

Keluarga kepada jurutera penerbangan, Mohd Khairul Amri Selamat yang berada di Hotel Everlyn Putrajaya di sini tidak dapat mengawal emosi mereka dengan tangisan air mata selepas menonton pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 disahkan berakhir di selatan Lautan Hindi, menerusi siaran televisyen di lobi hotel.

Bapa Mohd Khairul Amri iaitu Selamat Omar, yang kebiasaannya bercakap dengan pemberita sejurus selepas sidang media sebelum ini, memberitahu wartawan bahawa beliau perlu bersendirian buat sementara waktu.

Keluarga lain bagi penumpang warga Malaysia, yang masih berada di hotel ini tidak kelihatan, mungkin berada di bilik mereka.

Di BANGI, waris penumpang warga China yang datang ke Kuala Lumpur dari Beijing sejak 11 Mac lalu, tidak dapat menahan kesedihan mereka apabila mendapat berita baharu mengenai pesawat MH370.

Seorang wanita dilihat menangis di lobi utama hotel."Saya tidak percaya! Saya mahu anak saya semula," dia meraung kesedihan.Wanita itu kemudiannya dibantu oleh dua saudaranya dan mengiringnya ke lif untuk dibawa ke bilik hotel.

Keselamatan di hotel tersebut dikawal ketat apabila para pengawal keselamatan telah menutup semua pintu di pintu masuk hotel.

Mesej teks yang dikatakan dihantar oleh MAS kepada keluarga dan saudara-mara sebelum pengumuman Najib nampaknya tidak sampai kepada waris warga China di Kuala Lumpur, kerana mereka masih berlegar di lobi dengan tenang sebelum pengumuman Najib.

Mesej berkenaan, yang dikongsi menerusi media sosial berbunyi: "Penerbangan Malaysia dengan duka citanya bahawa kita perlu menganggap melangkaui sebarang keraguan yang munasabah bahawa MH370 telah hilang dan tiada satupun dari mereka di dalam pesawat terselamat.

"Apabila anda mendengar pengumuman Najib dalam tempoh sejam lagi, kita semua perlu menerima bahawa semua keterangan mengatakan bahawa pesawat itu berakhir di selatan Lautan Hindi."

Di BEIJING, kesedihan ahli keluarga penumpang dapat didengari oleh para pemberita malah sebelum mereka memasuki dewan di Hotel Metropark Lido, di mana kesemuanya menonton pengumuman Najib mengenai pesawat MH370.

Bunyi teriakan dan kerusi yang dipecahkan dapat didengari selepas ahli keluarga penumpang MH370 warga China mendapat berita mengenai peluang tipis insan tersayang untuk terselamat daripada insiden itu.

Sebaik sahaja pintu dibuka, ahli keluarga penumpang MH370 warga China terus bergegas keluar.Terdapat beberapa ahli keluarga yang tidak bermaya untuk berjalan, dan terpaksa diiringi oleh orang lain apabila mereka cuba untuk mengelakkan dari rakaman lensa kamera jurugambar.

"Anda masih mahu mengambil gambar kami? Kami telah kehilangan orang yang kami sayangi!" teriak ahli keluarga itu.

Seorang lagi wanita warga emas gagal mengawal emosi, sambil menangis berkata, "Anak lelaki saya! Anak menantu perempuan saya, cucu saya, tiga generasi saya!"Pengawal keselamatan kemudian terpaksa meminta media meninggalkan bilik itu di hotel.

Tiga pasukan perubatan dilaporkan dihantar ke hotel berkenaan, dengan para pegawai bantuan kecemasan mengusung mereka ke dalam bilik.

Terdahulu, pada kira-kira pukul 9 malam, MAS telah menghantar mesej kepada ahli keluarga bagi memaklumkan mereka mengenai perkara itu lebih awal sebelum ia diumumkan oleh Najib.Mstar


Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....