Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 3 Februari 2014

PRK Kajang : Anwar Hanya Akan Dilantik Sebagai Exco Kerajaan Selangor ???

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Samad berkata kehadiran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Selangor yang sering disebut bertujuan mengukuhkan barisan kepimpinan negeri hanya layak diberikan jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco).

Beliau berkata, kedudukan Anwar sebagai exco Selangor memadai atau setidak-tidaknya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan bukannya sebagai menteri besar.

“Saya difahamkan pilihan raya adalah untuk memperkukuh saf kepimpinan di Selangor dengan penglibatan Anwar paling kurang sebagai Adun. Paling maksimum pun sebagai exco.

“Persoalan untuk menjawat jawatan menteri besar, beliau (Anwar) tidak berhak menentukan seorang diri. Anwar perlu rujuk dan mendapat persetujuan daripada ketiga-tiga parti,” katanya seperti dilaporkan akhbar Sinar Harian.

Seorang peguam terkemuka, Tommy Thomas yang mempunyai 38 tahun pengalaman dalam bidang undang-undang berkata, tidak akan wujud krisis perlembagaan di Selangor jika Anwar mahu menjadi menteri besar seperti yang pernah digembar-gemburkan sebelum ini.

Katanya, sebagai pemerintah berpelembagaan, Sultan Selangor “tidak mempunyai tangan bebas” dalam memilih menteri besar, memetik Artikel 51 dan 53 perlembagaan negeri.

Artikel 51 (2) menyatakan bahawa calon “mesti berbangsa Melayu dan beragama Islam” sementara Artikel 53 (4) memperuntukkan bahawa Sultan Selangor boleh menggunakan budi bicaranya dengan peruntukan dalam perlembagaan seperti Artikel 51 (2) yang menyekat pilihannya.

Khalid berkata, selaku Adun atau pun exco, Anwar boleh mengadakan pertemuan dengan pegawai kerajaan negeri dan memberi penjelasan berkaitan sesuatu isu berbangkit sekiranya mempunyai jawatan dalam kerajaan Selangor.

“Anwar ada pengalaman. Sebagai Adun atau exco, beliau boleh berjumpa dengan pegawai yang terlibat memberikan penjelasan. Sekarang ini, beliau tidak ada ‘locus standi’ (hubungan kuat). Beliau bukan sebahagian daripada pentadbiran kerajaan negeri. Bagi saya tidak ada ruginya.

“Persoalan jawatan menteri besar ditimbulkan hanya untuk menakutkan orang ramai khususnya bukan Melayu. Kalau hendak kekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar, tentukan Anwar kalah, mereka (Barisan Nasional) menjadikan Abdul Khalid sebagai ikon pula,” katanya.

Semalam, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yakin Sultan Selangor akan melantik Anwar sebagai menteri besar Selangor sekiranya beliau menang dan mendapat sokongan majoriti Adun Selangor.

Setiausaha Agungnya, Syed Hassan Syed Ali, berkata Perkasa tidak melihat undang-undang yang boleh menggagalkan hasrat Pakatan Rakyat (PR) untuk menjadikan Anwar sebagai menteri besar Selangor.
"Sultan punya kuasa. Tapi biasanya raja dalam Malaysia ini tidak mahu secara langsung mencampuri politik," katanya.TMI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....