Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 29 Januari 2014

Pandangan Tok Guru Nik Aziz Tentang Isu DUN Kajang

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mencabar Umno BN supaya tidak meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kajang jika mereka berpandangan pengosongan kerusi di Dun Kajang itu satu pembaziran dan penghinaan terhadap proses demokrasi.

Beliau berkata, laporan akhbar pro-Umno bahawa langkah mengosongkan kerusi tersebut adalah langkah memanipulasi demokrasi sangat memualkan sedangkan langkah Umno merampas Kerajaan Perak pada tahun 2009 lebih menjijikkan.

"Barangkali Umno lupa, langkah mereka di Perak pada tahun 2009 itulah langkah yang benar-benar jijik iaitu membelakangkan terus demokrasi dan merampas kerajaan melalui pintu belakang. "Umno jangan berlagak baik sedangkan dosa-dosa mereka di Perak masih segar dalam ingatan.

"Saya suka mencabar Umno dan Barisan Nasional, jika mereka berpandangan pengosongan kerusi di DUN Kajang itu satu pembaziran dan penghinaan terhadap proses demokrasi, jangan sekali-kali mereka meletakkan calon di dalam pilihan raya kecil itu nanti," kata beliau dalam kenyataannya di laman Facebook.

Beliau juga berkata, sudah pasti PKR mempunyai sebab-sebab tertentu sehingga langkah tersebut terpaksa dilakukan dan PAS menunggu penjelasan PKR berhubung perkara ini.

"Ramai yang menghubungi saya untuk bertanyakan pandangan tentang isu Dun Kajang yang dikosongkan oleh wakil rakyatnya. Saya tidak tahu menahu tentang strategi atau isu yang berlaku sehingga membawa kepada pengosongan tersebut.

"Justeru, saya perlu menunggu penjelasan dari pihak PKR sendiri yang tentunya mempunyai sebab-sebab tertentu sehingga langkah ini terpaksa dilakukan. Dalam hal ini, sikap PAS tentunya lebih wajar diputuskan oleh Tuan Guru Presiden PAS selaku kuasa eksekutif di dalam parti berdasarkan pertimbangan-pertimbangan semasa," katanya.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam mengumumkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon parti itu pada PRK Dun Kajang.

Kerusi Dun Kajang kosong berikutan perletakan jawatan Adunnya, Lee Chin Cheh yang di isytiharkan oleh Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Hannah Yeoh kelmarin.Hrkh

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tidak melawan? itu kah cara mengelak pembaziran prk n menerima sifat pkr yg menghina demokrasi, yg dicabar n ajis kepd bn @ hanya untuk laluan tikus. diakui memang dirancang akan manipulasi ini.sapa nkorang nak dibagi tau?pkr hebat,sebab di dokong oleh para bebal .maka cabaran seperti diatas pun timbul.
...lawan tetap lawan!

Tanpa Nama berkata...

Setiap perkara ada kos. Politik bukan jalan terus yg mudah difahami. Politik untuk bela rakyat ini perlu dinamik dan strategis utk hadapi lawan terutama UMNOBN ini. Kita hadapi setiap PRU dgn manipulasi kerajaan serta UMNOBN dari segenap sudut. Ada strategi yg tidak perlu rasionalisasi pada umum krn ia membuka ruang pihak lawan. Benarkan DSAI & TSKI utk rencanakan strategy mereka bersama PR. Saya percaya ini utk kepentingan rakyat Selangor dan Negara.

Tanpa Nama berkata...

'menghalalkan cara' untuk malaysian sentiasa senyum bila menggadai apajuga prinsip2 moral aturan kebiasaan malah agama sekali pun.
mudah saja kalau digembar gemburkan sebagaƬ strategi radikal sekadar alasan dan janji2 x pasti.
pun sebenarnya satu lagi manipulasi kpd emosi manusia yg brutal dan x matang. benarkah masa dibazirkan untuk memahami semua perkara2 selayaknya hanya dari pkr/pr?

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....