Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 29 Januari 2014

PRK Kajang : Dr Asri Kecam Tindakan PKR

Tindakan PKR meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang hari ini menunjukkan mereka tidak sensitif terhadap kepentingan rakyat, kata Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Bekas Mufti Perlis itu berkata, sekiranya benar PKR menggantikan Lee Chin Cheh dengan Anwar semata-mata mahu menyelesaikan kemelut dalaman antara Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, jelaslah parti itu sanggup gadai kepentingan rakyat demi beberapa individu dalam parti.

"Kalau itu benar, mereka sanggup korbankan kepentingan rakyat daripada beberapa orang dalam parti," katanya kepada The Malaysian Insider, di Kuala Lumpur.

Mohd Asri berkata, dengan tindakan sedemikian, pilihan raya kecil (PRK) hanya akan menjadi "mainan" kepada parti tersebut.

"PRK melibatkan perbelanjaan orang awam. Lama-lama nanti pilihan raya hanya akan jadi mainan," katanya.

Anwar hari ini disahkan menjadi calon PKR di DUN Kajang selepas Lee memutuskan untuk mengundurkan diri "demi kebaikan PKR."

Dipercayai tindakan Anwar itu adalah bagi menyelesaikan kemelut antara Azmin dan Abdul Khalid di Selangor.

"PKR bersama Pakatan Rakyat (PR) setuju letak Anwar sebagai calon DUN Kajang," kata Abdul Khalid kepada pemberita pada sidang media di Petaling Jay,  pagi tadi.

Ditanya sama ada beliau bersetuju dengan keputusan PKR meletakkan Anwar, Abdul Khalid berkata:"Kalau saya tidak setuju saya tiada di sini."

Anwar yang turut hadir pada sidang media tersebut bagaimanapun enggan mengulas lanjut spekulasi beliau bertanding di DUN Kajang bagi mengambil alih kedudukan menteri besar Selangor daripada Abdul Khalid.

"Itu sekadar spekulasi ... tidak berbangkit isu itu," kata Anwar.Anwar berkata, keputusan meletakkan beliau sebagai calon di DUN Kajang akan digunakan sebagai lonjakan prestasi khidmat PKR kepada masyarakat di kawasan berkenaan.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, PKR akan menjelaskan kepada pengundi Kajang keperluan untuk pilihan raya kecil di DUN berkenaan.

"Kami akan jelaskan, Khalid, Azmin akan membantu. DAP dan PAS penting, semua perlu untuk pengundi Kajang tahu kenapa kami perlu PRK ini," katanya.

Katanya, cadangan beliau untuk bertanding di kerusi berkenaan juga diutarakan oleh rakan komponen pembangkang itu daripada PAS dan PKR.
"Ada konsensus dalam PKR, dan kami bawa kepada DAP dan PAS untuk mencalonkan saya, saya tiada pilihan kecuali untuk bertanding.TMI

7 ulasan:

ROHAYA M NOOR berkata...

Dr.Asri wajib faham percaturan politik.Dahulu pembangkang tiada pengaruh kerana media di kuasai pemerintah.Kini sudah ada internet,media alternatif dan rakyat dapat alternatif news.

Selain media pemerintah ada kuasa melantik Senator seandai nya "kepakaran" nya di perlukan contohnya Jins Shamsudin dan Putra Katak.Jadi apa outlet atau jalan keluar untuk pembangkang meletak "pakar" mereka?

Rechts Offmann berkata...

Ustad, baik tumpu pada soal ugama saja. Tak perlu cuba tunjuk terror sangat hal politik. Komen macam ini akan jadi bahan ketawa!

Ridd berkata...

Gua SETUJU....Sesangat-sangat. Ini Dinamakan RAKYAT DIPOLITIK. Kamu semua adalah ahli politik, tapi janganlah sampai Rakyat diusung sama. Rakyat sudah memberi MANDAT dan KEYAKINAN penuh pada yang dipilih.

Gua percaya Rakyat KAJANG mesti akan marah dan rasa tidak puas hati. Jangan rasa terlalu Yakin dengan masalah KANGKUNG dan kenaikan harga. Rakyat pun ada tugas dan Tanggungjawab yang perlu ditanggung.

Kalau PKR ada masalah selesaikan dengan cara yang betul. Seluruh Negeri membaca dan menilai. Alasan yg di berikan untuk meletak jawatan tidak masuk akal sama sekali dan tindakkan ini terlalu DUNGU. walaupun ia ada berlaku atau apa saja dalam sejarah politik Malaysia, yang pasti ia tidak WAJIB berlaku pada waktu yang mana Rakyat sedang menanggung BEBAN. Adakah PKR ini wujud atas dasar membuat perubah yg baik buat RAKYAT atau mengambil kesempatan dari perbuatan terkutuk BN.

Dalam Barisan PR Tak mungkin tiada seorang pun yang berkelayakan. kalau tak layak? mengapa pilih mereka menjadi PEMIMPIN untuk Rakyat? Percaturan Politik yang Memalukan. PR WAJIB menunjukkan prestasi yang lebih baik.

Kalau Benar DSAI atau RAFIZI(YB Parlimen Gua ni)ini bukan lah waktu yang tepat. Tan Sri Khalid kalau buat kesilapan pun panggil semua YB yang dilantik oleh RAKYAT Selangor untuk bermesyuarat dan aturkan penyelesaian untuk Tan Sri apa yang perlu beliau patuhi, bukan dengan cara memecat beliau.

Adakah dengan cara memecat Tan Sri masalah dalam PKR akan selesai. Kalau benar kenyataan YB kajang ini, beliau tiada prinsip dan tidak boleh dipercayai di masa akan datang.

Dengan Isu ini, BN teramatlah gembira sama sekali. malah BN tidak akan gusar untuk bertanding

Gua sebagai Rakyat pun dah BOSAN dengan kelakuan Pemimpin2 PR yang gua harap dah macam kartun.

Ridd berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

Ini lah politik yang mementingkan diri sendiri. Kalau sekadar masaalah menteri besar tak bolih diselesaikan. Bagaimana jika Memerentah Negara? Ini bermakna. PKR belum bersedia menghadapi resiko yang lebih besar. Jangan jadi politik kedai kopi.

Tanpa Nama berkata...

gelojoh baran tamak dan tiada makna kesabaran akan berakhir dengan kekecewaan. Jalan yg dilalui diulang2 sedari dulu hingga kehujung hayat.oh anuar anak hamba allah ,keyakinan mu hidup politik maha mencelakan.
ap mohon menghindar

Tanpa Nama berkata...

Maaf Dr.Asri anada hanya lihat dari sudut dalam pr dan individu bernama Anuwartampa skop lebih jauh. Serangan dari umno/bn. contohnya rampasan kitap suci orang kristian yang didalangi oleh umno/bn untuk mencetuskan ketegangan antara agama,isu Kaliah Allah yang sengaja jana oleh umno/bn,isu pengguguran Azmin Ali dari PKNS dirancang oleh umno/bn bertujuan memecah-belah hubungan antara kaum di selangor demi memenuhi niat jahat umnor/bn untuk merampas selangor untuk mengembong poket orang umno/bn dan kroni mereka Tindakan PR satu tinakan yang betul,jika benar ianya satu pembaziran kata bn, maka bn tak payah bertanding dikajang. Sebenar nya pembaziran yang sebenar adalah dipehak Kerajaan Persekutuan . Kenapa anda tidak persoalkan.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....