Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 30 Januari 2014

Pemuda PAS Akan Bantu Anwar Menang Di Kajang

Selepas beberapa hari penuh dengan kenyataan negatif daripada Pemuda PAS, Ketuanya, Suhaizan Kaiat hari ini berkata, Pemuda PAS akan tetap komited untuk membantu memastikan kemenangan calon Pakatan Rakyat di Kajang.

"Mungkin kita tidak bersetuju dengan peletakan jawatan, tetapi kita juga tidak setuju jika kerusi itu terlepas daripada genggaman Pakatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan Suhaizan itu menutup kenyataan pemimpin pertengahan Pemuda PAS sebelum ini yang antaranya mengugut akan memboikot pilihan raya kecil itu.

Pemimpin Pakatan Rakyat mengambil keputusan menyokong Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding di kerusi itu.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan pada Isnin dan menghantar surat kepada Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh.

Sehubungan itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan Anwar sebagai calon Kajang.

Turut serta dalam sidang media semasa pengumuman itu adalah Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub dan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang serta Anwar sendiri.

Selepas peletakan jawatan Lee, pelbagai pihak dalam PAS khasnya pemuda mengecam tindakan itu dan mengugut untuk memboikotnya.

Antara yang mengecam ialah bekas Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan; Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS, Sany Hamzan serta pemuda PAS Selangor.

Susulan daripada itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali memberikan amaran agar ahli PAS jangan campuraduk antara kerusi DUN Kajang yang dimiliki PKR dengan kerusi MB Selangor yang belum dibincangkan.

Ia berbangkit apabila Anwar dikatakan akan menggantikan Khalid sebagai menteri besar Selangor yang baru. –TMI

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kenyataan Ketua Pemuda PAS Pusat selari dengan kenyataan ramai pemimpin-pemimpin PAS Pusat wajar dihormati dan dipatuhi.Kenyataan Ketua-ketua yg boleh ambil kira, yg bukan ketua dan yg sepatutnya tak wajar buka mulut, elok diam aje.Jangan selalu gatal mulut nak buat kenyataan sebelum bincang dengan pihak-pihak yg menentukan.

Tanpa Nama berkata...

Pemuda PAS Selangor bodoh. Kentut yang ter lepas keluar busok , mana mungkin boleh di sedut kembali.

Budak bahalol tu perlu di buang dari terus memimpin , pasti rakyat selangor melayu tak suka orang bodoh kangkong jadi pemimpin.

Orang bodoh boleh tambah nilai tuk kemajuan selangor ke ?

Unknown berkata...

Nampaknya semua pihak telah sepakat dalam PRK Dun Kajang iaitu DSAI bertanding dan semua pihak akan turun padang.. Kalu cerdik, tak payahlh mana pihak mengeluarkan kenyataan yang bercanggah. Bersedia sahajalah.

Tanpa Nama berkata...

Dihrp jgn ada mane2 ahli2 pas di semua peringkat lps ni membuat keputusan mendahului keputusan pas pusat. Apa pun isu yg timbul, rujuklah dulu utk dptkn penjelasan sbnr. Kdg2 ada yg terlupa konsep wala' dlm bjemaah..cpt sgt melatah @ pun saja disengajakan utk strategi politik..

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....