Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 6 November 2013

Pas Bantah Kenyataan Karpal Singh

PAS secara rasmi membantah cadangan Karpal Singh supaya parti berasaskan agama dan kaum dimansuhkan dan menyerahkan kepada kepimpinan DAP untuk mengambil tindakan berhubung kenyataan tersebut.

Ini adalah untuk kesekian kalinya Karpal dilihat memberikan masalah kepada Pakatan Rakyat, khasnya PAS.

Sebelum ini, kenyataan Karpal yang berkata, "langkah mayat saya dulu sebelum hudud dilaksanakan" dijadikan senjata oleh musuh Pakatan Rakyat untuk menyerang PAS dan rakan-rakannya.

Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar),  berkata PAS sangat kesal dengan kenyataan yang tidak berasas ini, yang memperlihatkan betapa Karpal gagal untuk memahami perjuangan PAS.

"Apakah bahaya perjuangan PAS bagi masyakarat majmuk di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau meminta Karpal menilai sendiri keupayaan PAS yang memerintah Kelantan lebih 23 tahun, Terengganu pada 1999 dan Kedah pada 2008 daripada segi perpaduan kaum dan menjaga hak Muslim dan bukan Muslim.

"Apakah ada golongan bukan Islam yang disisihkan,” katanya.Katanya, Karpal sepatutnya mengemukakan fakta bukan mengeluarkan kenyataan sesuka hati.

"Kenyataan begini tidak sepatutnya keluar daripada mulut pemimpin Pakatan Rakyat dalam suasana rakyat menolak Barisan Nasional dan mulai yakin dengan kepimpinan PR," katanya.

Beliau berkata, Karpal sepatutnya lebih bijak sebelum mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan hubungan baik dalam PR serta sokongan rakyat selama ini dan kenyataan seumpama merugikan DAP secara am. – 6 November, 2013.TMI

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jangan mudah melatah wahai pemimpin-pemimpin Islam semua!

-dulu orang melayu UMNO cuba halang guna nama Islam dlm pertubuhan@ parti
-kini KS cadang elakkan parti berdasarkan satu kaum atau agama.

Apa maksudnya di sini jgn ada parti satu kaum shj,kalau DAP kena ada berbagai kaum!

Yang KS tak nampak ialah PAS memang parti berbagai kaum.Ternyata Islam dapat menyatukan semua kaum!Kaum tidak dapat menyatukan kaum.

Oleh itu tugas pemimpin PAS menjelaskan kekaburan otak KS!
Jangan marah KS sbb kejahilannya,perbetulkan dia!

Tanpa Nama berkata...

Kita dalam PAS jangan suka sedap cakap bila corong mikrofon diunjuk kemulut kita kan lebih elok duduk semeja dan tanya apa sebenarnya yang dia cakap ,jika dia kurang faham kehendak islam jelaskan dengan berhemah bukan hanya mendengar melalui blog atau wartawan yang sememangnya suka membuat persepsi mereka untuk merosakkan keharmonian dalam Islam yang kita perjuangkan.

bat8 berkata...

Tuan,

Partner Ustaz Harun Taib dalam DAP dah lambung bola takraw untuk Ustaz Harun Taib buat libasan maut. Yelakan, Ustaz Harun Taib dah kena libasan sakan pasal resolusi Multaqa tempohari. Jadi partner dia nak tolong balas le. Apatah lagi UMNO sekarang tertekan setelah kalah PRK Sg. Limau senin lepas. Tambahan pula, TDM dah mula serang Najib dengan isu agen CIA yang p3jabat AG dok bela.

Jadi 2 sahabat ini pun beraksilah untuk membantu UMNO. Jadi kita jangan emosional nak tolong UMNO dengan tidak sengaja. Kita biarkan pemimpin-pemimpin utama PAS ( minus Ustaz Harun Taib) settlekan isu karpal singh ni.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....