Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 13 April 2013

Senarai Penuh Calon Pas Yang Bertanding Di Johor

Antara calon Pas di Johor

JOHOR BAHRU: PAS hari ini mengumumkan akan bertanding di lapan parlimen dan 30 Dewan Undangan Negeri (Dun) di negeri Johor.

Parlimen-parlimen tersebut adalah Ayer Hitam, Pagoh, Parit Sulong, Kota Tinggi, Pulai, Simpang Renggam, Tenggara dan Mersing.

Pengumuman itu dibuat oleh Naib Presiden PAS Salahudin Ayub pada satu sidang akhbar di sebuah hotel di sini hari ini.

Turut serta pada sidang media itu, Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Jadi dengan rasminya saya mengumumkan bahawa PAS akan bertanding 8 kerusi parlimen di Johor kali ini.

"Kita (PAS) telah banyak lakukan perubahan dan anjakan paradigma di Johor dan kita juga telah banyak menghasilkan produk-produk baru yang terbaik untuk kita tampilkan," jelas beliau.

Pada sidang media sama Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Hu Pang Chaw diisytihar sebagai calon PAS bagi kerusi Ayer Hitam .

Pengisytiharan itu menjadikan beliau calon pertama dari DHPP yang diumum bertanding atas tiket PAS.
PAS sebelum ini membayangkan sekurang-kurangnya lima kerusi diperuntukkan untuk wakil DHPP bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini.

"Kalau dulu 2008, kita telah kemukakan Kumutha a/p Raman mewakili PAS, pada kali ini sekali lagi kita kemukakan calon (bukan melayu) iaitu daripada kaum Tionghua untuk mewakili PAS," jelas beliau lagi.

Turut diumumkan hari ini empat orang calon wanita yang akan bertanding di kerusi Dun.

 Berikut senarai calon Pas yang akan bertanding di kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) di Johor pada pilihan raya umum ke-13:
  
    Parlimen
   
Pagoh           : Mohd Rozali Jamil Al-Hafiz
   
Parit Sulong    : Khairuddin Abdul Rahim 

Ayer Hitam      : Hu Pang Chaw  

Simpang Renggam : Suhaizan Kaiat    

Mersing         : Roslan Nikmat

Tenggara        : Muhamad Said Jonit

Kota Tinggi     : Onn Jaafar

Pulai           : Salahuddin Ayub
  
  
    Dewan Undangan Negeri
 
 
Buloh Kasap    : Firdaus Masod
    
Pemanis        : Normala Sudirman     

Tenang         : Mohd Zin Johar
    
Jorak          : Norhayati Bachok
    
Gambir         : Datuk Dr Mahfodz Mohamed
   
 Serom          : Azmi Ahmad
    
Sungai Abong   : Dr Sheikh Ibrahim Salleh
    
Maharani       : Dr Mohammad Taslim
    
Sungai Balang  : Malik Mohamad Diah
    
Sri Medan      : Ahmad Rosdi Bahari
   
 Semarang       : Ilyas Abu Bakar
    
Parit Yaani    : Aminolhuda Hassan
   
 Parit Raja     : Noor Khalim Sakib
    
Senggarang     : Dr Mohd Ramli Md Kari
    
Rengit         : Ahmad Kailani Kosnin
   
 Machap         : Mohd Khalid Salekan
   
 Mahkota        : Khairul Faizi Ahmad Kamil
    
Endau          : Mohd Azam Abdul Razak
    
Pasir Raja     : Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar
    
Johor Lama     : Kamaldin Tahir
    
Penawar        : Anis Afida Mohd Azli
   
 Tiram          : Kumutha a/p Raman
    
Puteri Wangsa  : Abdullah Husin
   
 Permas         : Syed Othman Abdullah
    
Kempas         : Suhaizan Kaiat
    
Nusajaya       : Salahuddin Ayub
   
 Bukit Permai   : Mazlan Aliman
    
Benut          : Raden Sorobo Ponoh
    
Pulai Sebatang : Ungku Mohd Nor Ungku Mahmood
    
Kukup          : Ghazaley Ayiub

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tahniah PR Johor. Satu perancangan dan gerakkerja yang mantap dan dinamik dari gabungan PAS/DAP/PKR. Apa PR khasnya PAS Terengganu tak boleh bergerak cergas macam ni? PAS Terengganu yang mempunyai panglima2 besar dan base yang lebih kukuh sepatutnya menjadi peneraju gerakkerja PAS seluruh negara kelihatannya sangat lesu, tak ada modus operandi yang dinamik. Apa PAS Terengganu sudah berpuas hati hanya sebagai pembangkang dengan beberapa kerusi DUN? tak adakah gerakkerja untuk merampas Terengganu? atau kerana pemimpin2 PAS Terengganu yang lama2 ni memang lembab?

lijitra berkata...

Tahniah dan Insyaallah.semoga calon yg dipilih beroleh kejayaan cemerlang demi membenam umporno be end Johor dan menjalankan tugas dgn penuh amanah dan tanggungjawab.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....