Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 2 Oktober 2013

Tok Guru Nik Aziz Mengulas Ketirisan Dalam Laporan Ketua Audit Negara

UNTUK memasuki negara lain, kita memerlukan pasport. Tanpa pasport, kita akan dianggap pendatang tanpa izin dan boleh diusir keluar bila-bila masa sahaja.Jika diusir, jangan salahkan sesiapa kerana itulah undang-undang yang telah difahami umum.

Demikian juga untuk masuk ke alam dunia ciptaan ALLAH SWT ini, tetap perlukan kepada pasport.
Pasport hidup di dunia ini ialah Islam yang syumul. Tidak berakidah dengan akidah Islam ertinya hidup di dunia tanpa pasport.

Berpegang dengan undang-undang selain undang-undang ALLAH SWT pula ertinya memegang pasport tanpa cop visa.

Kedua-duanya salah dan boleh dianggap sebagai pandatang tanpa izin. Jika diusir dari sesebuah negara boleh kembali ke negara asal. Namun, jika diusir dari dunia milik ALLAH SWT, ke mana lagi kaki ingin melangkah?

Itulah ibarat orang-orang yang hidup dengan undang-undang ciptaan manusia.Selama-lamanya manusia tidak akan mampu mengawal manusia.

Hari ini, saya membaca berita mengenai Laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan kelmarin. Sekali lagi menyaksikan ketirisan berbillion ringgit wang rakyat yang dibelanjakan di sektor-sektor kerajaan.

Ia bukan jumlah yang sedikit. Bajet perbelanjaan negeri Kelantan sahaja hanya sekitar RM500 juta setahun, bayangkan jika ketirisan berbliion ringgit ini dapat diselamatkan dan diagihkan kepada negeri seperti Kelantan, berapa jutakah yang dapat manfaat darinya?

Sayangnya, ketirisan ini bukan kali pertama berlaku. Ia akan terus berlaku selagi Umno/Barisan Nasional menjadi kerajaan. Puncanya, undang-undang manusia tidak akan mampu mengawal manusia. Manusia boleh menggubal undang-undang, tetapi manusia tidak sebijak Penciptanya iaitu ALLAH SWT.

Sekawan kambing tidak akan dapat dikawal oleh kambing. Ia memerlukan kepada gembala. Manusia mustahil dapat mengawal manusia, mereka memerlukan kuasa yang lebih hebat, dan kuasa yang Maha Hebat itu ialah ALLAH SWT.

Takutlah kepada ALLAH SWT. Audit di dunia mungkin kita boleh melepasinya, namun audit di Akhirat nanti, jika gagal melepasinya hanya neraka yang menjadi tempat balasannya.

Sekian, wassalam.

Yang benar,

Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)

1 ulasan:

mansor berkata...

KEMAS.....itulah ulasan dari orang yang alim yang taqwa....

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....