Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 1 Oktober 2013

Parlimen kecoh sebelum PCA dibaca kali kedua

Kecoh di Parlimen sebelum bacaan kali kedua pindaan Akta Pencegahan Jenayah (PCA) oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahli Parlimen pembangkang dari Pakatan Rakyat (PR) bangkit dan menuntut agar bacaan Rang Undang-undang PCA (pindaan) Pemerluasan itu ditangguh.

Antara pemimpin pembangkang yang bangkit adalah ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali (gambar) yang mempersoalkan sama ada rang undang-undang itu akan ditarik balik atau tidak, memandangkan masa yang diperuntukkan untuk 11 rang undang-undang termasuk PCA tidak mungkin akan dapat dilaksanakan dalam tempoh tiga hari persidangan.

"Saya percaya, kalau tidak sempat bahas kita bawa kepada sidang yang seterusnya, itu tiada masalah.
"(Tetapi) kalau ada 11 rang undang-undang, maknanya perbahasan yang ini terlalu pendek. Di mana seriusnya kerajaan, seolah-olah tidak serius," kata Azmin sejurus sebelum sesi bacaan kali kedua rang undang-undang tersebut dibacakan.

"Mana boleh 11 rang undang-undang dalam tiga hari, kalau sampai pukul 12 malam sekalipun. Saya harap saya minta Menteri Dalam Negeri katakan adakah akan teruskan untuk tarik empat rang undang-undang," kata Timbalan Presiden PKR itu lagi.

Tindakan Azmin itu kemudiannya dijawab Speaker Dewan Rakyat, dan berkata beliau tidak memberikan sebarang ketetapan masa untuk dibahaskan oleh ahli Parlimen.

"Berapa minit masa yang diperuntukkan tiada setakat ini. Pada masa ini belum ada tempoh masa. Tetapi petang nanti jam 6 petang, atau 8 malam kalau perlukan masa yang tepat, kita akan tetapkan," kata speaker.

Beberapa pemimpin politik Barisan Nasional (BN) kemudiannya bangun membidas Azmin, antaranya ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin.

"Gombak boleh bangun cakap satu hari... Ini Kalilah Gombak, berdiri satu hari," kata Bung Mokhtar.
Ahmad Zahid kemudiannya meneruskan bacaan kali kedua rang undang-undang berkenaan sejurus sebelum sesi Sidang Dewan Rakyat berhenti rehat pada tengahari. – 1 Oktober, 2013.TMI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....