Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 24 September 2013

Parlimen Malaysia Tolak Bincang Isu Mesir

 Sidang media Mahfuz di Parlimen

KUALA LUMPUR: Usul bagi membincangkan pendirian Malaysia terhadap rampasan kuasa dan pergolakan di Mesir yang berlarutan sehingga hari ini, ditolak oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Usul tersebut, dikemukakan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1).

Ketika membangkitkan perkara itu di Dewan Rakyat hari ini, Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS mempersoal alasan penolakan yang diberikan kerana didakwa meminta penerangan tentang negara asing dan bercanggah dengan Peraturan Mesyuarat 23 (1) (i).

Menjelas lanjut pada sidang media selepas itu, Mahfuz mendakwa, alasan penolakan yang diberikan speaker tidak tepat kerana beliau bukan meminta penerangan tentang negara Timur Tengah itu.

Menurutnya, usul tersebut hanya mahu meminta pendirian kerajaan atas nama dewan bahawa dewan perlu membuat pendirian tegas atas apa yang berlaku di Mesir.

"Saya agak tidak setuju dengan speaker menggunakan alasan ini untuk katakan kita tidak boleh sentuh negara luar.

"Sebelum ini kerajaan pernah bentang usul berhubung krisis di Iraq dan Afghanistan, kita sentuh prinsip asas yang disepakati antarabangsa dan ini harus difahami kerajaan," katanya pada sidang media di lobi parlimen hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, semua maklum bahawa rampasan kuasa yang berlaku di Mesir adalah didalangi kuasa besar termasuk Amerika Syarikat dan sekutunya Zionis Israel.

Ini kerana katanya, presiden yang dipilih secara sah, Dr Muhammad Morsi telah memberi nafas baru kepada rakyat Palestin di Gaza melalui pintu Rafah yang dibuka setelah ditutup sekian lama ketika zaman Hosni Mubarak.

Kengganan kerajaan Malaysia menyatakan pendirian terhadap rampasan kuasa oleh tentera Mesir katanya, akan dilihat seperti menyokong tindakan kudeta tersebut.

Dalam pada itu, Mahfuz tidak menolak kemungkinan, penolakan usul tersebut ada kaitan dengan kedatangan Presiden AS, Barack Obama ke Malaysia pada Oktober ini.

"Kami daripada PAS bawa usul ini untuk parlimen buat sidang khas tetapi kerajaan tak mahu bawa.

"Saya percaya (penolakan) ini bukan kehendak speaker, tetapi sebab Obama yang akan datang ke negara ini," katanya.Hrkh

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ALAH PAS PAS.KNAPE BODOH SANGAT. PARLIMEN MALAYSIA NI MANA TAHU KERJA LAIN SELAIN DARI PAKATAN MENCURI ,MEROMPAK,MENYAMUN,MENIPU RASUAH HASIL NEGARA.TAKANLAH BARU NAK TAU.TU AKU HAIRAN LAH APA PASAL HAMPA ORANG NAK DUDUK DALAM PARLIMENT LAGI.APA PASAL HAMPA ORANG TAK RESIGN.HAMPA ORANG PUN TAKUT DUIT GAJI TAK DAPAT KOT KAKKAKKAKK

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....