Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 2 Julai 2013

Ust Azhar Idrus Tidak Tersenarai Sebagai Calon PRK Kuala Besut

KUALA TERENGGANU – Ustaz Azhar Idrus tiada dalam senarai pilihan Pas untuk dicalonkan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut.

Pesuruhjaya Pas Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut ketika menjawab soalan pemberita mengenai desas-desus pendakwah terkenal itu akan dipilih mewakili Pas,  memberikan jawapan 'tidak' sebanyak tiga kali.

Terdahulu, ketika ditanya mengenai 'Ustaz Azhar' beliau mengiyakan kerana menyangka pemberita merujuk kepada Yang Dipertua Pas Kawasan Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad yang juga dikenali sebagai Ustaz Azhar.

“Antara banyak nama yang naik, termasuk nama Ustaz Azhar (Wan Azhar Wan Ahmad), dia sebagai Yang Dipertua Pas Kawasan (Besut),” katanya.

Bagaimanapun, beliau membetulkan identiti orang yang disenaraikan itu selepas menyedari Ustaz Azhar yang dimaksudkan media adalah Azhar Idrus.

Sebelum ini, beberapa media melaporkan Ustaz Azhar Idrus sebagai kemungkinan disenaraikan calon Pas pada PRK ini.

Mengulas lanjut mengenai Azhar Idrus, Mohd Abdul Wahid menjelaskan, ikon agama itu tidak berminat bertanding bagi mewakili parti politik.

“Dia orang Ladang (kawasan di bandar Kuala Terengganu), orang sini. Banyak maklumat yang kita terima menyatakan dia tidak berapa minat bertanding, tetapi kita tengoklah nanti (apakah beliau ingin bertanding) suatu masa nanti kerana belum muktamad,” katanya.

Selain Wan Azhar, satu-satunya calon Muslimat yang ditempatkan di kerusi Dun Kuala Besut pada PRU13 lalu, Napisah Omar turut disenarai pendek.

Beliau turut menjelaskan, kebanyakan senarai nama adalah daripada kalangan anak tempatan dan pihaknya sedang meneliti perkara itu untuk mengetengahkan calon terbaik bagi memastikan kemenangan Pas.

Mohd Abdul Wahid turut mengumumkan Adun Paka yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat sebagai Pengarah Pilihan Raya Kecil Pas Negeri.

“Jentera pilihan raya sudah kita lantik dan lepas ini, kita akan pastikan jentera kita bergerak lancar,” katanya.

Dalam pada itu, panel guaman Pas sedang mengkaji peraturan dan undang-undang yang termaktub dalam Perlembagaan jika berlaku kedudukan seri 16-16 di negeri ini.

Merujuk kenyataan Ketua Umno Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh bahawa Pas tidak boleh memerintah Terengganu walaupun parti itu memenangiPRK Dun Kuala Besut berikutan BN mempunyai kelebihan satu kerusi iaitu kerusi Speaker Dun, Mohd Abdul Wahid menjelaskan, perkara itu perlu dirujuk dan tidak boleh dibuat tafsiran berdasarkan pandangan politik.

“Kita akan semak dengan peguam kita kerana perkara sebegini tafsiran, tidak pernah berlaku. Jadi, kita akan semak dari segi undang-undang dan peraturan. Mungkin betul, mungkin tidak betul. Tafsiran dia (Idris), dia tafsir untuk (politik) dialah. Kita akan tafsir bagi pihak kita pula.

“Kita ada panel guaman kita untuk buat kajian. Kita tidak boleh nak tafsir tanpa kajian teliti. Kita tak nak bercakap undang-undang dari segi politik semata-mata," katanya.SH

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Elok lah UAI tak ada dlm senarai. Kalau UIA bertanding & menang, abis lah semua Adun kena belasah sbg "bodo"..dia sorang je yg tak "bodo"...ha3.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....