Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 21 Jun 2013

Ketua Dewan Ulamak PAS pertama di Dun Johor

Ustaz Abdullah (duduk kiri) bergambar selepas majlis angkat sumpah semalam

JOHOR BAHARU: Dewan Undangan Negeri Johor semalam mencatat sejarah apabila Adun Puteri Wangsa, Ustaz Abdullah Husin menjadi Ketua Dewan Ulamak PAS pertama sebagai wakil rakyat di Dun itu.

Ustaz Abdullah, 52, mengangkat sumpah sebagai Adun semalam di dalam Dewan Undangan Negeri Johor Darul Ta'zim.

Ketika dihubungi, Ustaz Abdullah menegaskan bahawa selaku Ketua Dewan Ulamak PAS negeri, beliau akan memperjuangkan isu-isu yang berkaitan dengan kepentingan Umat Islam khususnya yang berkaitan dengan rakyat negeri Johor Darul Ta'zim.

"Di antaranya adalah isu-isu yang berkaitan dengan permasalahan sosial, pengaktifan institusi-institusi agama di Johor terutamanya pengimarahan masjid.

"Kita juga InsyaAllah akan memperjuangkan isu berkenaan dikembalikan cuti hari Jumaat yang telah ditukar oleh kerajaan Umno Johor sedangkan Johor adalah negeri yang majoritinya umat Islam" tegas beliau yang juga merupakan AJK Dewan Ulamak PAS Pusat.

Dalam Pilihanraya yang lalu, Ustaz Abdullah, berjaya menewaskan calon BN, M Soorian dan calon bebas Ravindaran Doraisamy dengan majoriti 3,469 undi.Beliau memperolehi 20,357 undi, Soorian 16,888 sementara Ravindaran 973 undi.

Ustaz Abdullah merupakan lepasan Universiti Islam Lucknow, India dan Universiti Al-Azhar Mesir. Pernah menjadi Pengetua Sekolah Menengah Agama Al-Masriyah dan juga merupakan Pengerusi Lembaga Tadbir Sekolah Menengah Arab Al-Masriyah (2012-2013).

Beliau diantara aktivis masyarakat yang dikenali ramai khususnya bagi umat Islam dikawasan beliau. Selain bergerak aktif dalam NGO kemasyarakatan tempatan, beliau juga aktif menyampaikan kuliah-kuliah agama dikawasan beliau sejak dahulu lagi.

Menurut beliau, dengan kepercayaan yang diberikan kepada beliau oleh pengundi, beliau InsyaAllah akan memberikan perkhidmatan dan pembelaan tanpa mengira latarbelakang agama,warna kulit dan parti.Hrkh

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Semua ADUN yang menang mesti mau ingat, termasuk yg bergelar ulamak...undi diberi bukan sebab atas tiket PAS atau PKR atau DAP....tapi kami beri undi atas dasar Pakatan Rakyat (PR)....sokongan kami kerana anda bertanding atas nama PR....melawan BN....

Tanpa Nama berkata...

xkira, BN/PR berkhidmat & tunaikan amanah yg diberikan rakyat pd anda, 4the next 5yrs. Good luck!

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....