Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 12 Mei 2013

Mahfuz dilantik Pesuruhjaya PAS Kedah yang baru

KUALA LUMPUR: PAS melantik Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar (gambar) sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah yang baru bagi menggantikan Datuk Seri Azizan Razak.

Keputusan ini dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang bersidang hari ini di Pejabat Agung PAS.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali memaklumkan, mesyuarat hari ini juga memutuskan untuk membuat post mortem terhadap keputusan pilihan raya umum ke 13.

"Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub telah dilantik mengetuai jawatankuasa postmortem ini dengan timbalannya adalah Dr Dzulkefly Ahmad manakala Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS (PPP), Dr Zuhki Marzki sebagai setiausahanya," umum Mustafa kepada Harakahdaily.

Mesyuarat Jawatankuasa Pusat hari ini adalah yang pertama diadakan selepas pilihanraya umum ke 13, 5 Mei lalu.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bermula jam 10.30 pagi tadi yang berakhir jam 2.30 tadi.

Dalam PRU 13, PAS menang 21 kerusi Parlimen dan berjaya mempertahankan Kelantan namun kalah di negeri Kedah.

Mahfuz menggantikan Ustaz Azizan yang sehingga kini masih belum sihat selepas pembedahan kedua-dua belah kakinya akibat diebetis.

Mahfuz dalam PRU 13 menang kerusi Parlimen Pendang manakala Ustaz Azizan kekal di DUN Sungai Limau.

Namun begitu, PAS hilang lima Parlimen di Kedah iaitu Jerai, Pendang, Sik, Baling dan Padang Terap di samping kehilangan negeri Kedah.

Post morterm dipercayai dibuat bagi mengenalpasti punca sebenar kekalahan PAS di Kedah dan beberapa negeri lain ekoran dakwaan pelbagai penyelewengan yang berlaku.Hrkh

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalaulah lagi sebelum PRU13 mahfuz dilantik mengantikan Utz Azizan, mungkin Kedah dalam gengaman PAS.

antahberantah berkata...

Mungkin jadi mungkin tak jadi. Manusia merancang Allah yg menentukan. Apoa yang berlaku ada hikmahnya ....kalau boleh carilah hikmah itu.

Tanpa Nama berkata...

Knp bukan timbalannya yg naik ye? Jeng2...mesti ada sebab yg kuat...hahahaha...carilah sebab itu...

Tanpa Nama berkata...

Perancangan Allah memang siapa pun x mengetahuinya,kerana Allah swt Maha Agong. Tetapi Allah juga memerintahkan kita utk membuat perancangan yg sebaik2nya, yg cukup strategik dan berkesan dlm membuat sesuatu perkara.Apa lg dlm perkara sepenting PRU ini.Bg menghumban UBN dari terus ditampok kuasa.Jd saya amat bersetuju jika DMO dilantik lebih sebelum PRU13 lagi untuk mengekalkan Kedah dibwh pemerintahan PR.Tetapi benda sudah berlaku,jd janganlah disalahkan TAKDIR...salahkan kelemahan dan kedaifan pimpinan sendiri dlm membuat sesuatu keputusan.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....