Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 25 Mei 2013

[ Kemaskini ] Gambar : Sekitar Himpunan Suara Rakyat 505 Di Padang Timur Amcorp Mall


















LAPORAN LANGSUNG

11.20pm: Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya menggesa orang ramai membuat laporan polis terhadap dakwat kekal yang hilang apabila dibasuk selepas selesai mengundi.

"Kita ikut pertahankan cara yang aman. Kita akan berhimpun dan bergerak bila perlu tapi mulai Ahad dan Isnin, buat laporan dan kita mahu puluhan ribu laporan dibuat," katanya

NONE11.05pm: Pengerusi Badrul Hisham Shaharin meminta lampu di Dataran PJ dipadamkan dan meminta hadirin menggunakan telefon dan pemetik api untuk menerangi tempat tersebut.

Idea ini ialah untuk meraikan pembebasan Adam Adli, seorang aktivis pelajar yang berdepan dengan tuduhan menghasut. Adam kini berada di Pulau Pinang mengunjungi ibunya yang sakit itu.

Hadirin memenuhi permintaan tersebut dengan menjulang telefon mereka dan suasana di situ kelihatan seperti sekumpulan kelip-kelip.Badrul Hisham menganggarkan jumlah hadirin telah meningkatkan kepada 70,000.

10.45pm: MP Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya perlu membayar untuk "jenayah" mereka.Katanya, mereka tidak boleh melepaskan diri daripada cengkaman undang-undang.

Beliau berkata, Pakatan telah mencapai kemenangan moral pada 5 Mei tetapi gabungan itu dan penyokong mereka masih mempunyai banyak lagi yang perlu dilakukan

10.40pm - Haris Ibrahim menggesa orang ramai supaya memboikot organisasi media yang berat sebelah atau memihak kepada BN.

Berikutan itu, beliau mengumumkan bahawa kumpulan ABU (Asalkan Bukan Umno) telah menyediakan klip video untuk menunjukkan bagaimana BN telah menipu dalam pilihan raya umum.

"Kami mahu anda membawa video ini ke kawasan luar bandar, bagi menunjukkan bagaimana mereka telah ditipu oleh BN," kata Haris. 

10.30pm - Selepas berkongsi lokap di Jinjang, Tian Chua (kiri) dan Haris Ibrahim berkongsi pentas pula malam ini."Jangan berfikir tangkapan itu akan menakutkan rakyat. Kami tidak akan gentar," katanya.

10.20pm - Pengerusi Bersama BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga berkata, beliau tidak dijadualkan untuk berucap hari ini tetapi penahanan Adam Adli, Tian Chua, Haris Ibrahim dan Datuk Tamrin Ghaffar telah mendorongnya untuk berucap.

Beliau menggesa mereka yang mempunyai bukti penipuan pilihan raya supaya mengemukakannya kepada tribunal rakyat BERSIH.

Sehubungan itu, katanya, seandainya SPR masih mempunyai maruah, maka mereka mesti meletakkan jawatan sekarang dan kegagalan penggunaan dakwat kekal merupakan alasan yang sudah cukup untuk mereka berbuat demikian.

9.30pm: Orang ramai membanjiri padang Dataran PJ dan CheguBard mengumumkan himpunan malam ini mencatat kehadiran 50,000 orang.

9.20pm: Penyanyi blues, Ito menyanyikan lagu 'Ubah Sekarang' dan orang ramai berdiri melambaikan tangan mengiringi nyanyiannya.

9.15pm: Penyanyi Dayangku Intan yang bertanding di Parlimen Pengerang berkata Pakatan Rakyat memenangi hati rakyat selepas pilihan raya umum.

Beliau turut mengambil kesempatan menyanyikan serangkap lirik lagu popularnya."Aku berpaut di dahan cinta, Masih mengharap kehadirannya,Aku berpaut didahan cinta, Masih mengharap kehadirannya," disambut tepukan hadirin. 

9.10pm: Badrul Hisham Shaharin mengambil tugas pengerusi majlis dan memperkenalkan pemimpin Ronnie Liu naik ke pentas.

Beliau menegaskan perlunya reformasi sistem pilihan raya "jika tidak, kita tidak akan sampai ke Putrajaya".

"Saya percaya sudah tiba masanya kita melancarkan BERSIH 4.0!" katanya sambil mendapat tepukan gumuruh hadirin.

9.00pm: Perhimpunan diteruskan, jumlah hadirin telah meningkat dua kali ganda kepada kira-kira 20,000 orang.

8.00pm: Hujan renyai-renyai tetapi orang ramai masih tidak berganjak, dan ada yang membuka payung.

7.30pm: Jumlah hadirin meningkat kepada 10,000 orang dan jumlah itu kurang daripada yang dijangkakan oleh pihak penganjur. 

7.15pm: Ketua NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin, yang lebih dikenali sebagai Chegubard, berucap menggesa peserta mengajak rakan-rakan mereka menyertai perhimpunan tersebut.

PETALING JAYA: Ribuan penyokong dengan berpakaian warna hitam membanjiri Padang Timur (Amcorp Mall) bagi menjayakan himpunan Suara Rakyat 505 yang bermula petang sehingga lewat malam ini.

Walaupun himpunan hanya bermula pada jam 5 petang tetapi para penyokong mula hadir sejak jam 3 petang tadi lagi.

Mereka yang hadir rata-rata dilihat santai dan ceria malah ada yang turut membawa keluarga.

Tinjauan Harakahdaily mendapati pihak polis turut memberikan kerjasama baik dalam memastikan lalu lintas berjalan dengan lancar.

Dijangkakan pimpinan utama dari ketiga-tiga parti dari Pakatan Rakyat, PAS, PKR dan DAP akan hadir memberi ucapan malam nanti.

Bemula jam 5 petang ini, ucapan dimulakan dengan wakil-wakil NGO, aktivis serta sayap pemuda ketiga-tiga parti.

Exco Pemuda PAS, Mohd. Firdaus Jaafar ketika berucap menjelaskan tujuan himpunan ini diadakan adalah untuk menuntut hak rakyat dikembalikan dan memberi signal bahawa rakyat tidak boleh ditipu.

"Tujuan kita berhimpun adalah hanya satu iaitu menuntut hak kita, semua rakyat mahukan sebuah negara yang selamat demi masa depan anak-anak kita akan datang.

"Malah dalam pada itu juga kita turut berhak menuntut ada rakyat tidak lagi terbeban dengan sara hidup yang melampau kerana kerakusan pemimpin kerajaan yang menyeleweng duit rakyat," ucap beliau pada himpunan Suara Rakyat 505.

Himpunan hari ini adalah anjuran gabungan NGO bagi menyatakan bantahan terhadap penipuan yang berlaku pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Himpunan hari ini juga turut menuntut supaya Pengerusi SPR meletak jawatan dengan segera kerana telah menghalalkan penipuan di dalam pilihanraya yang lepas.Hrkh

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tidak dapat menahan air mata bercucuran membasahi pipi melihat lautan rakyat yg cintakan keadilan...mendambakan sebuah kerajaan yg telus dan berintegriti.

mudah2an doa kalian dimakbulkan Allah..berdoa dan terus berdoa....yakinlah bahawa Allah mendengar keluhan hambaNya yg dizalimi.

pemimpin yg menipu tidak akan bau haruman syurga.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....