Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 17 April 2013

PRU 13 : Senarai Penuh Calon Pas Pahang

TEMERLOH - Pas meletakkan enam calon untuk bertanding di kerusi Parlimen dan 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pahang.

Pesuruhjaya Pas Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata kerusi Parlimen itu ialah Maran, Rompin, Kuala Krau, Lipis, Temerloh dan Jerantut.

Calon-calonnya terdiri daripada Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan (Temerloh), Timbalan Pesuruhjaya Pas Pahang, Dr Hamzah Jaafar (Jerantut), Ketua Pemuda Pas Pahang, Sharil Azman Abdul Halim (Kuala Krau), Ketua Dewan Muslimat, Nuridah Mohd Salleh (Rompin), Ahli Pas Maran, Mujibur Rahman Ishak (Maran) dan Ahli Pas Lipis, Muhyiddin Razali (Lipis).

Tuan Ibrahim berkata daripada 21 calon untuk Dun, 18 daripadanya adalah muka baharu.

Beliau akan bertanding di Dun Jengka dan bakal berdepan penyandang dari BN, Wan Salman Wan Ismail.

Calon bagi kerusi DUN lain ialah Raslan Zainal (Padang Tengku), Tengku Shah Amir Tengku Perang (Dong), Sulaiman Md Derus (Sungai Lembing), Yusoff Embong (Panching), Othman Bakar (Pulau Manis), Abu Kassim Manaf (Peramu Jaya).

Shahrulnizam Abdul Holiff (Luit), Hasenan Harun (Chenor), Kamal Ashari (Kerdau), Syed Hamid Syed Mohamed (Kuala Semantan), Abdul Hamid Bahatim (Pelangai), Musaniff Abdul Rahman (Guai), Syukri Ahmad (Bukit Ibam).

Mohd Fadzil Mohd Ramli (Tioman), Andansura Rabu (Beserah), Yohanis Ahmad (Pulau Tawar), Zakuan Ahmad Badaruddin (Tahan), Abdul Karim Nor (Jelai), Rosli Abdul Jabar (Tanjung Lumpur) dan Syed Mohamad Anis Syed Husin (Inderapura).  - Bernama

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Gempur hingga kekpg2, felda, Tmn2 perumahan. Edar bahan bercetak mengenai manifesto Pakatan Rakyat, kejayaan2, menangkis pembohongan BN tentang kuasa Melayu terhakis, Kristian jadi agama rasmi, raja terhapus, dln. Boleh ambil dari video bertajuk, Video menarik penuh fakta dari Hj.Suhaimi Saad, fakta harga kereta dan minyak turun- Rafizi, PTPTN,tol dln2. Boleh adakan tayangan semasa ceramah, krna lbh menarik, berkesan, mudah faham.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....