Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 11 Mac 2013

Ustaz Azhar Idrus Bakal Menjadi Pelakon ???

KUALA LUMPUR: Ulama selebriti, Ustaz Azhar Idrus dilaporkan bakal menjadi pelakon di bawah arahan Pierre Andre?

(Gambar : Ustaz Azhar bersama Pierre Andre)

Menurut laporan blog Beautifulnara, Pierre sudah memaklumkan perkara itu kepada Ustaz Azhar, namun kata putus belum diberikan lagi.

"Mengikut perancangan, filem terbitan MIG yang bertajuk “Ustaz, Mung Tunggu Aku Datang” akan diterajui oleh Shiro dan Ustaz Azhar Idrus," lapor blog itu.

Namun begitu, menurut Pierre Andre sendiri, Ustaz Azhar Idrus masih belum memberikan kata putus sama ada mahu terlibat atau tidak dengan filem ini.

Kata Pierre Andre,"Saya bukannya mencipta kontroversi murahan, menjual nama Ustaz Azhar Idrus.

"Sebaliknya saya memang sudah menyampaikan hasrat kepada beliau dan dalam perbincangan tersebut, beliau nampak senang dengan jalan cerita tersebut.

"Justeru, saya berharap ALLAH SWT permudahkan urusan saya kerana filem ini adalah filem dakwah dan ustaz juga dapat turut serta dalam filem ini," katanya.

Ustaz Azhar sebelum ini beberapa kali menggamatkan penonton dengan penampilannya yang bersahaja dengan artis tempatan.

Di majlis sambutan Ambang 2013, Piere tampil bersama Ustaz Azhar di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.

Setahun sebelum itu, Ustaz Azhar bersama dengan Zizan di majlis yang sama berjaya mengumpulkan lebih 100,000 anak muda di majlis anjuran kerajaan negeri Selangor itu.

Kebetulan pula kedua-duanya berasal dari negeri penyu bertelor, Terengganu.16 Mac ini, Ustaz Azhar dijangka akan bersama dengan beberapa artis di majlis kesenian untuk perubahan di padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur.Hrkh

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....