Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 18 Mac 2013

Penjelasan Dr Asri Sebab Beliau Enggan Bertanding Pada PRU 13

 KUALA LUMPUR, 18 Mac — Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini menamatkan spekulasi beliau akan bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 apabila beliau berkata hanya mahu kekal neutral dan berada dalam sempadan sedia ada.

“Saya tidak bertanding. Saya mahu kekal dalam sempadan yang saya berada sekarang,” kata beliau dipetik laporan Sinar Harian Online

Bekas mufti Perlis itu sebelum ini diwar-warkan akan menyertai politik sekaligus bertanding dalam pilihan raya umum ke-13.

Pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) itu juga sebelum ini pernah mengakui ditemui pemimpin politik Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) berhubung perkara itu.

Asri sebaliknya berkata beliau hanya mahun memainka peranan sebagai pemikir yang hanya akan “menegur” pemimpin kerajaan yang memerintah.

“Kalau semua bertanding dan mengambil pendirian memihak mana-mana satu kumpulan, siapa yang akan menjadi kumpulan kritis,” katanya lagi.

Asri sejak 2010 dikatakan akan bertanding dalam pilihan raya, namun desas-desus itu masih tidak jelas parti politik mana yang akan menjadi pilihannya.

Selain Asri, tokoh agama lain yang turut disebut akan bertanding pilihan raya adalah Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya.

Kedua-dua tokoh agama ini mula menjadi rebutan parti politik kerajaan dan pembangkang untuk bertanding di bawah lambang bendera mereka bagi menarik sokongan pengundi.

Juanda juga bagaimanapun masih lagi belum menamakan mana-mana parti yang menjadi pilihan untuk beliau wakili dalam pilihan raya akan datang.TMI

5 ulasan:

IbnAbdHalim berkata...

Suatu keputusan yang bijak dan tepat.

Sheikh AlKelantani Alketumi berkata...

Takut kalah la tu mengakuje laaaa......Maza ooooi

Tanpa Nama berkata...

konfirasi.fitnah.sandiware.janji.pembohongan.malu alah.ugutan halus..dll sifat majmumah laen dah jadi dalema kat sini sedgkn kaedah syaariah kata jika x jelas, hindari yg membawa lbih kemudaratan. kpd agama, negara, bangsa dan diri. msi bn lebih ok dri pr.. org2 agama dlm nak tunjuk neutral perlu ada pltform yg jlas di era terkini. biar aq x keliru oleh mereka 2 bila politik sbhgian amalan islam.aq tabik us.nasa.hssn ali. hj hadi.hsani. dll yg menjelaskan pendirian masing2. yg salah atau mana yg benar ikhlas/murninya kepd islam tuhan yg nilai selaen aq yg bila2 saja mugkin silap. tapi tak lah di kelirukan dgn dalema ini spnjangan.

Budak tadika berkata...

begapo namo nyo komen gitu..nyo buleh royak bn lebih ok dr pr...mari lek mano weiii...jenis xthu gapoo namo!komen wak sedap hati sblm pupus PRU 13 nanti...

kampong lad berkata...

satu pihak penyamun & satu pihak lagi perompak, kalau dia pilih jadi calon mana2 pihak ertinya....???

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....